Friday, September 27, 2013

Shepherd Pie Kak Liza

1 kilo kentang USA
4 beef patty
Susu segar
Bawang besar Holland (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Sos cili setengah cawan
Sos Prego 1 tin
Butter setengah buku
Shredded cheese

1. Kentang dikupas, direbus & lenyek. Masukkan garam, butter & susu di dalam periuk sekali dgn kentang yang dilenyekkan. Ketepikan
2. Tumis bawang, masukkan beef patty yang dilenyek, sos cili & sos prego
3. Alas beef patty yang dimasak secara nipis di loyang/casserole
4. Letakkan kentang sebagai lapis kedua
5. Letak daging sekali lagi
6. Letak shredded cheese
7. Bakar dalam oven selama 10 minit

Monday, July 29, 2013

Mi Bandung Chef Hanieliza


BAHAN-BAHAN KUAH :-)
300 gram isi ayam, didadu
200 gram isi udang
100 gram sotong
1200 ml stok ayam
100 gram kobis bulat, hiris
100 gram sawi 
10 tangkai sweet pie, kerat dua setiap satu
5 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
2 camca besar cili kisar
2 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana
3 biji bawang merah
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
2 biji limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos cili, sos tomato dan sos tiram, masak sekejap. Tambah stok air rebusan ayam, kacau dan biar mendidih.
Masukkan ayam, udang dan sotong. Kacau dan perlahankan api pada tahap minima. Pecahkan telur satu persatu dalam kuah, pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak hingga telur mengeras. Kacau perlahan.
Tambah sweet peas dan hirisan kobis, masak hingga lembut. Tambah mi dan masukkan sawi (jika guna), kacau perlahan, dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api dan hidangkan. Telur tu kalau nak bess biar kuning dia 1/2 masak....hmmm.

Monday, July 22, 2013

Kuih Lapis


Bahan :
2 cawan tepung beras
11/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi kayu
1 cawan gula pasir
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-caranya :
1. masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.
2. bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
3. panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm loyang..kukus dlm 10minit.
4. tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.
** kalau guna acuan yg macam ibu buat tu..caranya tetap sama tp sapukan sedikit minyak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan...**

Sumber: Resepi Ibu 

Friday, July 19, 2013

Sayur Masak Petola & Telur Dadar

Simple dishes for iftar

Ayam Masak Kurma



Resepi dari Kak Tyha

Bahan:
Ayam 500 gram
Serbuk kurma
1 labu bawang besar dipotong gelang
Bawang putih, bawang besar, bawang merah dikisar hingga halus
Kentang
Sedikit air
Garam atau gula ikut suka

Cara-caranya:
1. Goreng bawang yang dipotong gelang
2. Masukkan serbuk kurma. Tumis hingga pecah minyak atau serbuk mssak
3. Masukkan bahan dikisar halus. Tumis
4. Masukkan ayam, kentang dan air. Tunggu sehingga ayam masak dan kentang empuk (untuk lebih mudah, rebus kentang dahulu hingga empuk)
4. Masukkan garam dan gula sekiranya perlu


Tuesday, July 16, 2013

Mee Jawa

Yours truly home cooked

Saturday, July 13, 2013

Char Kuetiau

Bahan-bahan

500 g kueutiau
300 g udang (buang kulit)
1 ikat daun kucai (dipotong)
1 cawan tauge
1 tauhu basah (digoreng dan dipotong kecil)
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih diketuk
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tomato
1 atau 2 biji telur
1 biji tomato dipotong kecil
Minyak masak

Cara membuatnya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
2. Masukkan cili kisar dan kicap
3. Masukkan udang, sos tomato dan air. Kacau rata
4. Pecahkan telur dan biarkan keras seketika. Kacau sebati.
5. Masukkan keautiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api
6. Hidang dengan cili jeruk

Sumber: Senangnya Memasak.. Mi, Mihun & Kuetiau - Chef Hanieliza