
Nak kata rajin masak, biasa-biasa sahaja, tapi sebab aku nak perhabiskan roti yang
expired Sabtu lepas lagi :D. Semalam pula tilik resepi, terjumpa resepi ni. Rasanya sempat nak buat, sebab sampai rumah 5.40 petang macam tu, boleh buat buka puasa :).
Sempat beli santan, sebenarnya cari daging cincang, tapi tak jumpa. Rasanya
substitute dengan susu pun boleh santan ni,
forms a much healthier food.
Bahan-bahan
Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam
Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly] - aku cincang daging sedia ada
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam
Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
[Sebab tiada bahan-bahan di atas, aku guna cili merah dan daun salad yang berlebih di rumah]
Cara Memasak
Bingka
1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.
Lauk
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].
Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 28 Aug 2007

Lepas
fresh keluar
oven, aku terus letak dalam pinggan sebab dah nak buka puasa, berapa minit lagi tinggal masa tu.
Nak bagi sedap, makan dengan
sos cili. Rasanya boleh
modify kalau rajin, tambahlah parutan keju sedikit.
Rasanya antara pizza & lasagne, cuma sebab guna santan, jadilah pizza Malaysia kut
Kos bahan-bahan:1. Roti (6 keping): RM 0.80
2. Santan (1/2 biji kelapa): RM 1.30 - beli santan siap diperah
3. Tepung gandum + butter (guna apa yang ada): anggaran RM 0.30
4. Telur 3 biji: RM 1.00
5. Daging: RM 3.00
6. Bawang besar: RM 0.30
7. Kentang: RM 0.30
8. Carrot - suku sahaja: RM 0.30
9. Serbuk kari (1 paket kecil): RM 1.50 kut
10. Cili merah: RM 0.40
Total kos keseluruhan:
RM 9.00 (kira campur yang lain tu, katakan RM 9.50, tak lebih RM 10)

Tapi kan bila dah masak, punyalah banyak, huhu

..
Last-last aku potong masuk dalam bekas,
distribute pada Ummi & Aida pagi tadi..