Showing posts with label makanan laut. Show all posts
Showing posts with label makanan laut. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Sotong Black Pepper

Bahan-bahan:
Sotong
Saleri dipotong menyerong
Lobak merah dihiris
Lada hitam (Satu sudu besar)
Kicap (3 sudu besar)
Sedikit cili boh
Tomato (sebiji dibelah 8)
Bawang besar [dipotong bulat]
Halia 1 inci [dihiris nipis]
Bawang putih 3 ulas [diketuk/dihiris]
Tepung jagung (saya guna selalunya tepung yang ada)

Cara-caranya:
1. Bawang besar, bawang putih, halia. cili boh ditumis sehingga naik bau
2. Masukkan sedikit air dan sotong.
3. Masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tomato. Tunggu sehingga sotong kelihatan masak
4. Masukkan tepung jagung dibancuh dengan air [jangan banyak sangat!] dan tuangkan ke dalam kuali yang berisi sotong tadi.
4. Bila kuah kelihatan likat, masukkan saleri, lobak merah dan tomato. . Kacau sebentar dan tutup api.

Wednesday, July 8, 2009

Udang Masak Masam Manis (Kut)

Saya pun tak tahu hendak diletak tajuk apa
Sebab udang ni saya hanya cuba-cuba buat, memandangkan ada stok dalam peti sejuk, dan bahannya ikut suka



Cara:
1. Blend sedikit halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. [Ini saya gunakan lebihan untuk ayam percik hari tu, diblend dengan kuantiti agak banyak]
2. Tumis dalam kuali sehingga pecah minyak
3. Masukkan udang yang sudah dibuang kulit dan kepalanya. Ekor masih ditinggalkan
4. Perahkan sedikit limau kasturi atau saya kira boleh sahaja sekiranya menggunakan air asam jawa. Sekiranya gunakan limau kasturi, masukkan sedikit air
5. Tambah gula, kicap manis, sos tiram, sos tomato, ikut suka kuantitinya.
6. Angkat setelah masak dan hiaskan dengan potongan daun sup/daun bawang