Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Sunday, August 17, 2014

Daging masak negro Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*
2 biji cili hijau*(*dikisar halus)
1/2 camca besar rempah kari daging
4 camca besar kicap pekat manis
1 camca besar kicap cair
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 cawan air
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, hiris serong
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Daging tadi digaul bersama bahan kisar halus, perap 1 jam. Rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali, masukkan rempah tumis dan masak hingga harum, tambah rempah kari tumis hingga garing. Masukkan daging, kacau rata dan biar daging kecut. Gunakan api sederhana.Tuang air dan masukkan kicap pekat manis dan kicap cair. Masak hingga pekat dan daging empuk. Masukkan bawang besar hiris dan cili merah, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan hirisan daun bawang...

Mat Gebu at 10:00 PM

Monday, September 5, 2011

Singgang Daging (Resipi Mok)

Bahan A
Lengkuas (dihiris nipis)
Halia (dihiris)
Bawang merah (dimayang)
Bawang putih (dihiris)
Ketumbar (ditumbuk)
Cili boh (2 sudu)/Cili kering

Bahan B
Asam keping
Budu
Daging (dihiris nipis)

Cara

1. Masukkan bahan A, asam keping, daging dan air di dalam periuk.

2. Jerang di atas api hingga masak.

3. Rasa. Sekiranya kurang masin, masukkan sedikit budu.

Monday, September 14, 2009

Daging Black Pepper



Resipi dari sifu kek: Pn Yati

Bahan-bahan
Daging [dihiris nipis]
Bawang besar [dipotong bulat]
Halia 1 inci [dihiris nipis]
Bawang putih 3 ulas [diketuk/dihiris]
Daun bawang [dipotong kecil]
Tomato [dibelah empat atau lapan]
Lada hijau [dipotong bulat]
Lada hitam
Kicap manis

Cara-cara

1. Bawang besar, bawang putih, halia dan daging digoreng sehingga garing
2. Masukkan lada hitam dan kicap manis [sukatan ikut suka]
3. Tepung jagung dibancuh dengan air [jangan banyak sangat!] dan tuangkan ke dalam kuali yang berisi daging goreng tadi.
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan tomato dan lada hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Masukkan daun bawang.

Nota: Sekiranya suka, boleh juga nasukkan cili merah yang dipotong serong.

Monday, July 6, 2009

Beef Steak



Bahan-bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

Bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

SOS LADA HITAM :
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara Memasak
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

Sumber: Chef Hanieliza

Nota: Sos Lada hitam a bit bitter, mungkin terlebih letak lada hitam kut, Mungkin kena tambah gula.madu lain kali. Punyalah lama peram steak ni mltan100.blogspot.com - baru tergerak hati nak buat

Tuesday, June 9, 2009

Daging Masak Kurma

Saya memang tak pandai ambil gambar, gambar ni habis di'modify' baru nampak o.k. sikit di mata saya mltan100.blogspot.com

Bendanya tak susah nak buat.
Blender sahaja rempah kurma dengan bawang merah, bawang putih, cili boh sikit, cili kering dan kismis hitam.
Halia dengan lengkuas tak payah.
Kome tumis dengan minyak, jangan banyak sangat minyak tu.
Kuca (kacau) elok-elok, kemudian masukkan kicap dengan gula kabung.
Daging tadi kamu rebus asing, gunakan air rebusan tu kalau tumisan ni kering sangat

Sumber: Blog Abu Saif

Sedap tu memang sedap, tapi nampaknya aku seorang je yang makan di rumah tu..blogger-emoticon.blogspot.com
Macam manalah nak kurus..