Memang confirm jadi, Kak Aini dah test.
Kuah Laksa Penang - kak tirana punya style..
600gm ikan kembung
Cili giling (ikut rasa)
1 biji bawang besar
sedikit belacan
beberapa keping asam gelugor
daun kesum
bunga kantan
Rebus ikan (dengan sedikit air) di dalam periuk sampai masak. Angkat ikan dan kemudian asingkan isi dengan tulang. Air rebusan ikan jangan dibuang. Isi ikan kemudiannya dikisar. Masukkan semula isi ikan yang telah dikisar itu kedalam periuk tadi. Tulang dan kepala ikan dikisar dan ditapis. Masukkan hasil tapisan ke dalam periuk yang sama. Cili, bawang besar dan belacan dikisar hingga lumat dan dimasukkan ke dalam periuk yang sama. Masak campuran di atas api. Masukkan asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga kuah mendidih. Kalau pekat, tambah air. Kalau cair, masakkan hingga kuah agak pekat. Sebelum tutup api, rasa asam dan garamnya.
8 comments:
wah, makin kerap kongsi resipi. terim aksih :)
boleh bukak blog lg satu dgn tajuk resipi2 ni..hehe
bukannya rajin sangat pun :p
ikut mood juga
memang dah lama nak buat laksa, tak buat2 lagi ni :)) tq kak aini sbb kongsi resepi ni..
aini, aku suka makan laksa. tapi bab nak masak sendiri tuh aku tarik diri dululah, ntah kenapa aku tak tahan bau hanyir satu dapur. huhuhu..
Alahai Kak Aini,
Kempunan masakan Melayu ni, semalam mimpi masak nasi lemak tak jadi. :p
kecurlak air liur nih. asam gelugur x bawak, bunga kantan n daun x yah ckpla mmg x der, belacan nasib kakak atas ni kasi...adehhhh
nabilah, sila-sila. akak mula2 tgk resepi ni pun dah try. menjadi juga :)
caza, aku buat ni pun sekali je, sebab masa buat terlampau byk. satu hari kena perhabis laksa, pagi, petang :)). kalau setakat nak makan dua orang, kena kurangkan sikit ikan tu.
Ati, tu la. kalau akak duk oversea, mesti meleleh teringat ayam percik, satay etc..nasib baik duk malaysia :D
kak ida, substitute benda lain, boleh kut. potong je la daun salad tu, hihihi
Post a Comment