Tuesday, March 30, 2010

Sayur Masak Udang


Bahan:
Kacang pis
Udang
Bawang putih - diketuk
Air
Garam

Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
2. Masukkan bawang putih yang telah diketuk
3. Bila bawang nampak garing sedikit, masukkan udang.
4. Agak-agak udang sudah masak, masukkan sedikit air [nak mudah cerita, dan tak perlu tunggu lama, masukkan air masak]
5. Masukkan sedikit garam
6. Masukkan kacang pis.
7. Tutup api setelah sayur agak-agak masak - jangan dibiar lama, nanti hilang zat sayur

Ikan Tiga Rasa


Skil ambil gambar tak sepandai Chef Hanieliza mltan100.blogspot.com. Guna handphone camera. Berkepul asap kena pada lens kecil telefon bimbit

IKAN 3 RASA

Bahan
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
Tepung jagung [untuk salut ikan]
1 labu bawang besar ] mayang
2 ulas bawang putih ]
1 s/b halia
Minyak untuk goring ikan

Bahan Sos
½ cawan sos toamto
3 s/b sos cili
3 s/b sos tiram
3 s/b air
1 s/k gula

Bahan Hiasan
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm]
2 biji cili merah ]
2 biji cili hijau ] mayang
2 biji buah tomato [belah 4

Cara
1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi.
4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan.

Wednesday, March 3, 2010

Gulai Ikan

Resipi ore kelate...terima kasih fzi



Resepi Gulai Ikan Aya

Bahan2nya:

  • ikan tongkol seekor sederhana besar direbus *resepi ikan rebus di SINI*
  • pati santan +- secawan dicampur dengan air masak biar kuahnya ngam dengan kuantiti ikan
  • bawang merah 1 labu besar - ditumbuk
  • bawang puteh 1 ulas - ditumbuk
  • lengkuas 4 @ 5 hiris - ditumbuk
  • kunyit hidup 1 inci kalu saiz kecil - ditumbuk
  • lada kering 2 @ 3 tangkai - direndam, dibasuh bersih dan ditumbuk
  • asam keping
  • garam
  • gula


  • Cara membuatnya:
    1. Renehkan santan sampai agak2 naik minyak. Sesekali dikacau untuk elakkan dari pecah minyak.
    2. Bila santan dah masak elok, masukkan bahan2 yang ditumbuk.
    3. Masak lagi biar kuah jadi cantik dan agak cair-cair likat.
    4. Masukkan asam keping kemudian diikuti dengan ikan aya rebus.
    5. Biarkan lagi di atas dapur dengan api yang kecil.
    6. Perasakan dengan garam dan gula.
    ....dah siap pun..... :)

    Bihun Singapura


    BIHUN SINGAPORE

    Bahan-Bahan:
    600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
    200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
    200 gm sotong [hiris kecil]
    200 gm kucai [potong pendek]
    250 gm kobis [racik halus]
    1 batang carrot [sagat ]
    3 s/b minyak
    garam
    air

    bahan tumbuk
    1 s/b lada hitam
    1 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih

    bahan hiasan/tabur
    1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
    2 biji cili merah [mayang halus]

    cara
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
    2. Masukan daging dan kacau rata.
    3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
    4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
    5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai.
    6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
    7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

    Sumber: Chef Hanieliza

    Bihun Ladna


    A prosperous weekend, baru teringat ada buku Mi, Mihun & Kuetiau tulisan Chef Hanieliza

    BIHUN LADNA

    Bahan-Bahan:
    Bihun [direndam dengan air panas]
    100 gm udang [buangkan kulitnya] - tak ada
    100 gm sotong [dipotong]
    100 gm isi ayam [dipotong]
    kacang sepat - tak ada
    bunga kobis
    carrot
    capsicum merah dan hijau [potong panjang] - tak ada
    kacang panjang dipotong serong (bahan tambahan)
    1 s/k lada hitam
    1 biji telur
    air secukupnya
    sos tomato
    sos tiram
    Minyak masak
    daun bawang & daun sup [racik]
    bawang goreng

    Cara:
    1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
    2. Masukkan ayam, udang dan sotong
    3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
    4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
    5. Masukkan bihun dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]
    6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.

    Sumber: Chef Hanieliza