Thursday, June 18, 2009

Bingka Jagung

Mood rajin datang lagi mltan100.blogspot.com

Kali ni, terliur tengok bingka jagung Kak Hanieliza mltan100.blogspot.com


BINGKA JAGUNG

Bahan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Sumber: Hanieliza's fotopages

Dah masukkan dalam oven, nak tunggu satu jam tu, sempat masak ini untuk makan nasi.


Aku makan seorang, budak-budak dah kenyang.

Tak apalah, masak lebih kalau budak ni tak nak makan pun, hari ni boleh makan lagi mltan100.blogspot.com

Balik karang, mesti tanak nasi untuk bagi dia orang makan.

Hari ni, bawa bingka jagung datang office, mujur sedap, walaupun rupanya tak berapa lawa mltan100.blogspot.com

Selamat menjamu selera!

3 comments:

Nida said...

yang gambar bawah tu apa yek?

ummunaqiha said...

aini, api kat oven tu utk atas bawah atau atas sahaja?
mcm nak try le pulaks.. hehe

Ummu Auni Afif said...

kak ida, yang bawah tu masak ikan masak merah je

kak fiza, saya pakai api atas. tu yang ada hangit sikit pada bingka tu