Thursday, June 11, 2009

Bingka Roti Berlauk

Nak kata rajin masak, biasa-biasa sahaja, tapi sebab aku nak perhabiskan roti yang expired Sabtu lepas lagi :D. Semalam pula tilik resepi, terjumpa resepi ni. Rasanya sempat nak buat, sebab sampai rumah 5.40 petang macam tu, boleh buat buka puasa :).

Sempat beli santan, sebenarnya cari daging cincang, tapi tak jumpa. Rasanya substitute dengan susu pun boleh santan ni, forms a much healthier food.

Bahan-bahan

Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly] - aku cincang daging sedia ada
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
[Sebab tiada bahan-bahan di atas, aku guna cili merah dan daun salad yang berlebih di rumah]

Cara Memasak
Bingka

1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Lauk
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 28 Aug 2007



Lepas fresh keluar oven, aku terus letak dalam pinggan sebab dah nak buka puasa, berapa minit lagi tinggal masa tu.

Nak bagi sedap, makan dengan sos cili. Rasanya boleh modify kalau rajin, tambahlah parutan keju sedikit.

Rasanya antara pizza & lasagne, cuma sebab guna santan, jadilah pizza Malaysia kut mltan100.blogspot.com

Kos bahan-bahan:
1. Roti (6 keping): RM 0.80
2. Santan (1/2 biji kelapa): RM 1.30 - beli santan siap diperah
3. Tepung gandum + butter (guna apa yang ada): anggaran RM 0.30
4. Telur 3 biji: RM 1.00
5. Daging: RM 3.00
6. Bawang besar: RM 0.30
7. Kentang: RM 0.30
8. Carrot - suku sahaja: RM 0.30
9. Serbuk kari (1 paket kecil): RM 1.50 kut
10. Cili merah: RM 0.40

Total kos keseluruhan: RM 9.00 (kira campur yang lain tu, katakan RM 9.50, tak lebih RM 10) mltan100.blogspot.com

Tapi kan bila dah masak, punyalah banyak, huhu mltan100.blogspot.com..

Last-last aku potong masuk dalam bekas, distribute pada Ummi & Aida pagi tadi..

7 comments:

aida said...

ah belom makan lagi

yOkOyOpOyO said...

aaaaa lapar aku dibuattnyaaa... hehehe

Ummu Auni Afif said...

silalah makan ye, aida

caza, kau sebut-sebut ni, dah lah aku puasa. duk terbayang makanan ni kat rumah, kuikui

CT said...

wahhhh kira bagus la ni...sempat gak masak sambil handle the two kids....

Ummu Auni Afif said...

akak, bolehlah..budak dua org tu well behaved. Alhamdulillah. dah pandai main tak kacau orang

Farra said...

makin rajin masak la ni..baguih toiii

Ummu Auni Afif said...

nak kata rajin biasa je.
suka cuba-cuba