Ini resepi dari buku Kak Hanieliza
BLACK PEPPER CHICKEN
Bahan-bahan
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...
bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar
bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]
Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.
Sumber: Kak Hanieliza
Banyak benda omit pun sebab tak ada terutamanya bahan hiasan
Sayur tu ganti dengan capsicum, salad, carrot
2 comments:
salam.
nampak yummy sis.
akak try cari buku resipi hanieliza ni kat 3 kedai buku terdekat (area seberang perai) tapi tak berjumpa uhuk, uhuk, uhuk.
salam akak, order online bookcafe.com.my :)
Post a Comment