Sebab kak Long, sepupuku datang rumah hari Ahad dan bermalam di rumah kami, maka aku seru pada Kak Long, "Jom pergi PTS nak. Kita cari pejabat PTS kat mana"
Maka aku dengan Kak Long, meredah segala kawasan simpang siur perindustrian Batu Caves untuk mencari pejabat jualan PTS. Berpusing-pusing mencari, berdoa, berharap agar jumpa pejabat tu.
Huh, setelah sesat mencari, akhirnya! Macam nak melompat bila jumpa pejabat PTS.
Aku siap telefon PTS tanya "Eh kat situ ada pejabat jualan tau untuk kami pembeli kecil-kecilan ni?"
Terus panjat tangga dengan Kak Long, sampai di bilik pameran, bestnya!
Sebenarnya banyak buku yang aku cari dan aku jumpa di bilik pameran tersebut. Best sebab macam library kecil, ada kerusi dan meja. Sesuai untuk ulat buku macam kami
Bila nak ambil buku tu, siap tanya - "Eh boleh pakai kad kredit tak?" Bila dia kata tak, aku cakap dengan Kak Long, nak pergi withdraw duit dulu, hehehe. Kak Long pun angguk setuju, siap cakap "Boleh. Kak Long tunggu sini. Boleh baca buku lagi."
Sampai situ, pilih buku lagi. Best, ruang pameran tu macam kami yang punya. Kena turun pun sebab orang tu cakap dia nak pergi lunch, haha! Kalau tak aku rasa aku dengan Kak Long, melepet lagi kat situ.
Siap cukupkan stok Dunia Sains Aiman dan Adam Kecil (hari tu minta Lynn tolong beli, tapi 'sakit gigi' belum ada)
Tambah buku Fikah Luar Negara dan buku masak-masak Chef Hanieliza untuk orang yang tak pandai masak macam aku ni
Mula-mula tengok di Read Malaysia, tak beli sebab ingat tak apalah kut, bila buka-buka macam best je..Ni contoh resepi dia, dah lah resepi Chef Hanieliza ni selalu menjadi
Kalau orang Riyadh nak buku ni, bolehlah Aini pos .
Ni contoh resepi yang mudah tapi bombastik! (Boleh klik gambar untuk paparan lebih jelas)
9 buku, habis RM 96 (diskaun 20%). Kak Long beli 3 buku, habis RM 30. Kak Long siap cakap nak datang lagi, aku pun siap kata, lain kali boleh datang lagi.
Agaknya orang PTS, geleng-geleng kepala tengok kita orang
Kalau PTS ada buat membership card, aku rasa aku confirm jadi member
8 comments:
kak, beli dkt situ dpt diskaun tak? sbb nak beli online dpt diskaun. tp kene byr duit pos plak. Nak beli habis sekali gus novel sejarah islam tu. ada keluar yg baru...
hehe saya pun klau ada buat membership, nak join juga. confirm. sbb buku2 dia sedap dibaca.
kak hanieliza ada buat buku yek. senang la gitu. brp satu2 buku tu kak?
ainul, dapat diskaun 20%. akak dgn muka tak malu siap tanya, tak dapat 30% macam kat read malaysia ke, hehehe. kalau nak pergi lain kali, akak boleh bawa, tapi kena tunggu akak cutilah.
buku kak hanieliza RM 5.50 satu. diskaun 20% dapat harga RM 4.40
wallah..syoknya aini....nak ajak cik abang p jugak la camni....
sukanya ngan PTS!
wah..kak liza dah ada buku aaa..hebat...
kak ct, sila2. nak datang, boleh singgah rumah saya, dekat dah tu.
farra, PTS favourite publisherku, hihi. dah melabur 600 ringgit untuk PTS tahun ni :p
kak liza, nak keluar buku banyak tau dgn PTS. rasanya dalam 15 buku siri senang memasak
aini... wajib, wajib kena singgah ni!
wah, sakan beli buku masak memasak! by the time k.ida balik, sure dah pro, boleh ajak kami makan2 yek..ngeh, ngeh, ngeh.. I miss buku2 agama, padan muka ari tu tak bawak pun buku2 agama.. kat sini kebanyakkannya in arabic! english tak byk choice..huhu..
ipohmom, dekat sangat dah tu....
kak ida, hahaha. aini tak pandailah masak, beli buku pandailah :P
Post a Comment