Monday, June 29, 2009

Milky Marble Cake


thanks ipohmom mltan100.blogspot.com, Alhamdulillah, buat kek ni jadi.

Walaupun crack sana sini sebab tak guna ovalette kut, hihi, but it turns out well

Milky Marble Cake

Source : Chef Norzailina Nordin
Kiriman : Julia

Ingredients

250g butter
230g castor sugar (guna gula biasa je, main campak-campak gitu..)
2 teaspoons ovalette (I omitted ovalette)
4 eggs
270g superfine flour (tepung gandum diayak)
1 teaspoon baking powder
60g condensed milk
2 tablespoons cocoa powder
2 tablespoons fresh milk or evaporated milk (I used fresh milk)
1 teaspoon chocolate paste or chocolate emulco (I used chocolate emulco)

Method

1. Sift superfine flour and baking powder. Set aside.
2. Cream butter, castor sugar and ovalette till light and fluffy.
3. Add eggs, one at a time, beating well after each addition.
4. Fold in the sifted ingredients. Add in condensed milk.
5. Divide the bater into 2 portions. Leave one as it is.
6. To the other portion, add in cocoa powder, fresh milk and chocolate paste/chocolate emulco.
7. Scoop 2 tablespoons of plain mixture onto the centre of a well-greased and floured cake tin.
8. Scoop 2 tablespoons of cocoa mixture on top of the plain mixture. Repeat till finished.
9. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 - 45 minutes.


Buat-buat, makan 2 slices, the balance I gave to my mom & my aunt, Cik Zan & family.

A quarter of it left was served to Ayah Su & family, Aida & family. Tak sangka ada orang nak datang rumah.

Baru ingat nak jamu officemates, tak apalah next time kut mltan100.blogspot.com

Black Pepper Chicken


Ini resepi dari buku Kak Hanieliza

BLACK PEPPER CHICKEN

Bahan-bahan

500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.

Sumber: Kak Hanieliza


Banyak benda omit pun sebab tak ada terutamanya bahan hiasan

Sayur tu ganti dengan capsicum, salad, carrot mltan100.blogspot.com

Wednesday, June 24, 2009

Buku, buku, buku!

Sebab kak Long, sepupuku datang rumah hari Ahad dan bermalam di rumah kami, maka aku seru pada Kak Long, "Jom pergi PTS nak. Kita cari pejabat PTS kat mana" mltan100.blogspot.com

Maka aku dengan Kak Long, meredah segala kawasan simpang siur perindustrian Batu Caves untuk mencari pejabat jualan PTS. Berpusing-pusing mencari, berdoa, berharap mltan100.blogspot.com agar jumpa pejabat tu.

Huh, setelah sesat mencari, akhirnya! Macam nak melompat bila jumpa pejabat PTS. mltan100.blogspot.com

Aku siap telefon PTS tanya "Eh kat situ ada pejabat jualan tau untuk kami pembeli kecil-kecilan ni?"

Terus panjat tangga dengan Kak Long, sampai di bilik pameran, bestnya!

Sebenarnya banyak buku yang aku cari dan aku jumpa di bilik pameran tersebut. Best sebab macam library kecil, ada kerusi dan meja. Sesuai untuk ulat buku macam kami mltan100.blogspot.com

Bilik pameran [sumber]

Bila nak ambil buku tu, siap tanya - "Eh boleh pakai kad kredit tak?" Bila dia kata tak, aku cakap dengan Kak Long, nak pergi withdraw duit dulu, hehehe. Kak Long pun angguk setuju, siap cakap "Boleh. Kak Long tunggu sini. Boleh baca buku lagi."

Sampai situ, pilih buku lagi. Best, ruang pameran tu macam kami yang punya. Kena turun pun sebab orang tu cakap dia nak pergi lunch, haha! Kalau tak aku rasa aku dengan Kak Long, melepet lagi kat situ.















Siap cukupkan stok Dunia Sains Aiman dan Adam Kecil (hari tu minta Lynn tolong beli, tapi 'sakit gigi' belum ada)

Tambah buku Fikah Luar Negara dan buku masak-masak Chef Hanieliza untuk orang yang tak pandai masak macam aku ni mltan100.blogspot.com

Mula-mula tengok di Read Malaysia, tak beli sebab ingat tak apalah kut, bila buka-buka macam best je..Ni contoh resepi dia, dah lah resepi Chef Hanieliza ni selalu menjadi mltan100.blogspot.com

Kalau orang Riyadh nak buku ni, bolehlah Aini pos mltan100.blogspot.com.

Ni contoh resepi yang mudah tapi bombastik! (Boleh klik gambar untuk paparan lebih jelas)


9 buku, habis RM 96 (diskaun 20%). Kak Long beli 3 buku, habis RM 30. Kak Long siap cakap nak datang lagi, aku pun siap kata, lain kali boleh datang lagi.


Agaknya orang PTS, geleng-geleng kepala tengok kita orang

Kalau PTS ada buat membership card, aku rasa aku confirm jadi member mltan100.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Kuah Laksa Penang express

Untuk Kak Long.

Memang confirm jadi, Kak Aini dah test.

Kuah Laksa Penang - kak tirana punya style..

600gm ikan kembung
Cili giling (ikut rasa)
1 biji bawang besar
sedikit belacan
beberapa keping asam gelugor
daun kesum
bunga kantan

Rebus ikan (dengan sedikit air) di dalam periuk sampai masak. Angkat ikan dan kemudian asingkan isi dengan tulang. Air rebusan ikan jangan dibuang. Isi ikan kemudiannya dikisar. Masukkan semula isi ikan yang telah dikisar itu kedalam periuk tadi. Tulang dan kepala ikan dikisar dan ditapis. Masukkan hasil tapisan ke dalam periuk yang sama. Cili, bawang besar dan belacan dikisar hingga lumat dan dimasukkan ke dalam periuk yang sama. Masak campuran di atas api. Masukkan asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga kuah mendidih. Kalau pekat, tambah air. Kalau cair, masakkan hingga kuah agak pekat. Sebelum tutup api, rasa asam dan garamnya.

Thursday, June 18, 2009

Bingka Jagung

Mood rajin datang lagi mltan100.blogspot.com

Kali ni, terliur tengok bingka jagung Kak Hanieliza mltan100.blogspot.com


BINGKA JAGUNG

Bahan
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
1 s/b butter/majerin cair

Cara
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
4. Sejukkan dan potong untuk hidangan minum petang.

Sumber: Hanieliza's fotopages

Dah masukkan dalam oven, nak tunggu satu jam tu, sempat masak ini untuk makan nasi.


Aku makan seorang, budak-budak dah kenyang.

Tak apalah, masak lebih kalau budak ni tak nak makan pun, hari ni boleh makan lagi mltan100.blogspot.com

Balik karang, mesti tanak nasi untuk bagi dia orang makan.

Hari ni, bawa bingka jagung datang office, mujur sedap, walaupun rupanya tak berapa lawa mltan100.blogspot.com

Selamat menjamu selera!

Thursday, June 11, 2009

Bingka Roti Berlauk

Nak kata rajin masak, biasa-biasa sahaja, tapi sebab aku nak perhabiskan roti yang expired Sabtu lepas lagi :D. Semalam pula tilik resepi, terjumpa resepi ni. Rasanya sempat nak buat, sebab sampai rumah 5.40 petang macam tu, boleh buat buka puasa :).

Sempat beli santan, sebenarnya cari daging cincang, tapi tak jumpa. Rasanya substitute dengan susu pun boleh santan ni, forms a much healthier food.

Bahan-bahan

Bahan Bingka
1 buku kecil roti [10 -12 keping ]
800 ml santan [1/2 biji kelapa]
3 s/b tepung gandum
3 s/b butter [cairkan]
3 biji telur
garam

Bahan Lauk
400 g daging kisar [kkliza gunakan daging kisar Ramly] - aku cincang daging sedia ada
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng
[Sebab tiada bahan-bahan di atas, aku guna cili merah dan daun salad yang berlebih di rumah]

Cara Memasak
Bingka

1. Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2. Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
4. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan dan hidangkan.

Lauk
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].

Maklumat dibekalkan oleh Kak Liza pada 28 Aug 2007



Lepas fresh keluar oven, aku terus letak dalam pinggan sebab dah nak buka puasa, berapa minit lagi tinggal masa tu.

Nak bagi sedap, makan dengan sos cili. Rasanya boleh modify kalau rajin, tambahlah parutan keju sedikit.

Rasanya antara pizza & lasagne, cuma sebab guna santan, jadilah pizza Malaysia kut mltan100.blogspot.com

Kos bahan-bahan:
1. Roti (6 keping): RM 0.80
2. Santan (1/2 biji kelapa): RM 1.30 - beli santan siap diperah
3. Tepung gandum + butter (guna apa yang ada): anggaran RM 0.30
4. Telur 3 biji: RM 1.00
5. Daging: RM 3.00
6. Bawang besar: RM 0.30
7. Kentang: RM 0.30
8. Carrot - suku sahaja: RM 0.30
9. Serbuk kari (1 paket kecil): RM 1.50 kut
10. Cili merah: RM 0.40

Total kos keseluruhan: RM 9.00 (kira campur yang lain tu, katakan RM 9.50, tak lebih RM 10) mltan100.blogspot.com

Tapi kan bila dah masak, punyalah banyak, huhu mltan100.blogspot.com..

Last-last aku potong masuk dalam bekas, distribute pada Ummi & Aida pagi tadi..

Tuesday, June 9, 2009

Daging Masak Kurma

Saya memang tak pandai ambil gambar, gambar ni habis di'modify' baru nampak o.k. sikit di mata saya mltan100.blogspot.com

Bendanya tak susah nak buat.
Blender sahaja rempah kurma dengan bawang merah, bawang putih, cili boh sikit, cili kering dan kismis hitam.
Halia dengan lengkuas tak payah.
Kome tumis dengan minyak, jangan banyak sangat minyak tu.
Kuca (kacau) elok-elok, kemudian masukkan kicap dengan gula kabung.
Daging tadi kamu rebus asing, gunakan air rebusan tu kalau tumisan ni kering sangat

Sumber: Blog Abu Saif

Sedap tu memang sedap, tapi nampaknya aku seorang je yang makan di rumah tu..blogger-emoticon.blogspot.com
Macam manalah nak kurus..

Sunday, June 7, 2009

Nasi Ayam & Puding Roti


Chicken rice recipe [lazy style] by: Aida

Preparation time: 1 hour
Suggested serving: 6-8 persons

For the chicken:
1 whole chicken - chopped
Garlic - chopped
Ginger - chopped
Salt (omit this if you put lots of oyster sauce)
Oyster sauce
Black soy sauce

Method:
1. Add chopped garlic, ginger and salt to the chicken.
2. Add water until it reaches the top of the chicken.
3. Boil chicken until the water is 1/2 from its original measurement.
4. Put aside the chicken. Mix the boiled chicken with osyter sauce and black soy sauce.
5. Boil chicken with the remaining water until the water is 1/4 from its original measurement.

*You can add on oyster and black soy sauce during step 5 to get thick and rich chicken soup.

For the rice:
5-6 cups of white rice
1/4 block of butter
Garlic - chopped
I add a pinch of turmeric powder

Method:
1. Wash white rice and put aside the water.
2. Heat butter in the rice cooker. Add chopped garlics.
3. Add white rice (without the water).
4. Cook until it turns yellowish.
5. Add water.
6. Wait until rice is fully cooked.

For the sauce:
8 red chillies
4 cloves of garlic
Ginger
4 table spoon of sugar
A pinch of salt
1 table spoon of rice vinegar
1/2 cup of water

Method:
1. Add all the ingredients in a blender.
2. Blend.

* Water is best boiled to preserve the sauce.

For serving:
4 tomatoes
Salad
1 cucumber

Serve with tomatoes, salad and cucumber.


PUDING ROTI by kak hanieliza

Bahan-bahan
Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara Memasak
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.
I substitute the sauce with condensed milk