Tuesday, September 1, 2009

Onde-onde @ Buah Melaka


Bahan-bahan:
Tepung pulut
Gula melaka
Daun pandan/pewarna hijau
Kelapa parut
Sedikit garam (sekiranya suka)

Cara-caranya:
1. Daun pandan ditumbuk dengan sedikit air atau dikisar, sehingga mengeluarkan warna hijau.

2. Tepung pulut dicampur dengan sedikit air dan air daun pandan yang telah ditapis. Uli adunan. Jangan dibiarkan terlalu pekat atau cair, agak-agak, dalam menjadi seperti doh

3. Ambil sedikit adunan, dan masukkan sedikit gula melaka yang telah pun dipecahkan atau dipotong kecil. Gentel (bulatkan) adunan sehingga menutupi gula melaka tadi

4. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan adunan yang sudah digentel tadi. Adunan akan tenggelam dan berada di dasar periuk.

5. Selepas beberapa ketika, adunan akan timbul menandakan ianya sudah masak. Angkat adunan yang telah timbul.

6. Golekkan adunan tersebut di dalam pring berisi kelapa parut yang diisi sedikit garam.

7. Siap!

Nota: Onde-onde saya kurang warna hijaunya sebab hanya guna sehelai daun pandan mltan100.blogspot.com

No comments: