Tuesday, September 8, 2009

Kek Batik

Salam

Bila dah buat kek batik, asyik nak makan sahaja.


Gambar dari sini

Resipi dari Puan Najah

Bahan-bahan
Satu paket kecil biskut marie
Setengah tin susu pekat
Satu cawan serbuk Milo
Sentegah ketul butter

Cara-cara
  1. Panaskan butter dalam periuk di atas api kecil sehingga butter cair
  2. Masukkan susu pekat manis, kacau
  3. Masukkan Milo dan kacau
  4. Tutup api
  5. Masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan ke dalam periuk tersebut. Kacau sehingga segala biskut diselaputi dengan adunan tersebut
  6. Masukkan dalam bekas dan mampatkan supaya kek jadi cantik.
  7. Sejukkan dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk dihidang

Nota:
  1. Boleh tambah bahan lain seperti gambir, kismis atau bahan lain ikut suka
  2. Sukatan yang diberikan hanya anggaran sahaja.

No comments: