Bahan-bahan
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang serai diketuk
Sedikit lengkuas
Beberapa helai daun limau purut - dikoyakkan tetapi jangan sampai putus
Limau nipis (diperah dan ambil airnya)
Sedikit cili kering
2 biji tomato - dibelah empat
Pes tomyam (beli siap atau kalau rajin, buat dari resipi Chef Hanieliza)
Ayam - 2/3 bahagian ayam - dipotong kecil-kecil
Air - 500 - 700 ml
Sayuran - Lobak merah, cauliflower, putik jagung (ikut suka, dihiris nipis, potong bulat)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan cili kering. Masak hingga naik bau
3. Masukkan air
4. Masukkan tomato yang telah dibelah, serai, lengkuas dan ayam. Agak-agak ayam sudah kelihatan masak, masukkan pes tomyam
5. Biar sebentar di atas api, sehingga pes tomyan kelihatan sebati dengan air.
6. Masukkan sayuran.
7. Agak-agak sayur sudah masak, tutup api, dan masukkan air limau nipis ke dalam tomyam tadi
Nota: Kalau tidak mahu guna pes tomyam pun tidak apa, tambahkan sedikit garam dan perah limau nipis dalam kuantiti agak banyak
No comments:
Post a Comment