Monday, September 14, 2009

Daging Black Pepper



Resipi dari sifu kek: Pn Yati

Bahan-bahan
Daging [dihiris nipis]
Bawang besar [dipotong bulat]
Halia 1 inci [dihiris nipis]
Bawang putih 3 ulas [diketuk/dihiris]
Daun bawang [dipotong kecil]
Tomato [dibelah empat atau lapan]
Lada hijau [dipotong bulat]
Lada hitam
Kicap manis

Cara-cara

1. Bawang besar, bawang putih, halia dan daging digoreng sehingga garing
2. Masukkan lada hitam dan kicap manis [sukatan ikut suka]
3. Tepung jagung dibancuh dengan air [jangan banyak sangat!] dan tuangkan ke dalam kuali yang berisi daging goreng tadi.
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan tomato dan lada hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Masukkan daun bawang.

Nota: Sekiranya suka, boleh juga nasukkan cili merah yang dipotong serong.

No comments: