Finally, my choc chips biscuits.
I forgot one thing though - letak serbuk koko
Tua dah makcik ni rupanya....Macam mana lah boleh terlupa, dah siap masuk oven, baru tepuk dahi terlupa letak serbuk koko
BISKUT COKLAT CHIPS
Bahan
160 g butter
80 g gula kastor (campak gula biasa je)
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
50 gm bubble rice (ni tak letak)
50 gm cornflake kisar (ganti dengan badam kisar halus..beli siap dari Bake with Yen)
200 g tepung naik sendiri (substitute with plain flour, plus 1 teaspoon of baking powder)
1 s/b serbuk koko (ni elemen warna yang paling penting, tapi lupa nak letak)
Hiasan (I omitted this)
coklat cair
chips putih [white chocolate drops]
Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan bubble rice, cornflake kisar dan coklat chips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas paper-cup kecil.
6. Bakar dalam pre-heat oven suhu 180'C selama 15 - 20 minit.
7. Bila sejuk hiaskan dengan coklat cair dan chips puth.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.
Sumber: Chef Hanieliza
Auni makan berketul-ketul biskut ni malam tadi
19 comments:
salam.
nampak yummy jek biskut tu. :D
Hem...makin banyak resepi ni? Masak mcm terapikan Aini? Akak kalo hati x tenang,tension ke apa...jawabnya penuhlah satu meja tu ngan makanan...;)Dulu2, masa Cikgu gi belajar...akak mcm Ainilah...masak je kejenya...walhal nak bagi anak2 je mkn...;)
salam akak, Alhamdulillah sedap. tahu tak ini percubaan kali ke berapa buat choc chips, hehe
kak tyha, yelah macam terapi. suka cuba resepi baru, bukannya pakar pun. tapi seronok tengok org lain makan. saya buat benda2 ni, selalu bawa gi office, sebabnya saya rasa secubit dua je
nyum..nyum...k.ida kalau stress tapi kena gak masak, hancus masakanku.. hahah..terapi k.ida..gardening.. kat sini summer, sori beb nak garden2 45 degree n above..tapi otak nih dah congak2 bila winter nanti, akan ku bunga2kan rumahku..heheh..
wah aini tak pandai gardeing, haven't try it though. nak tanam pokok daun sup, kunyit, serai dan etc. kak ida, boleh ajar tak? hehehe. nanti nak masak, main petik je, kan best?
biskut tuh takleh letak nama coklat chiplaa dik..takde coklattt...heheheh
gurau jekk ;)
btw gud job bebeh!
Lepas nih kek plak! amacam?
nampak colourful...bukan nampak choc chip...tp mmg elok tak letak serbuk..i like..tapo choc chip benornya wajib...ala...sukanyer nak buat...tapi perut dh besauuuuu
setuju, lps ni cheesecake plak aa ainiii
kak hanis, kek dah buat macam2, tapi cheesecake ada buat dulu.....ada satu recipe jumpa, tapi kena guna gelatin. manalah nak cari gelatin halal ni??
farra, choc chip ada, gula colourful pun ada, hehe. aku main campak apa ada ada je, tu tak letak bubble rice dgn cornflakes kisar
tu yang berchenta sesangat nak buat kek kalau sampai kat part yg perlukan gelatin halal. mana nak cari gelatin yg benar2 halal... adeyyyy poning kepala eden.
Ada.Gunalah Gelatin jenama HalalGel...memang 100% halal.Cuba cari kat pasaraya ada jual,kat Halalmart pon ada.
sedap nya nampak cookies tu. aini, akak ada beli sekotak gelatin halagel. tapi tak guna pun sebab dah jumpa ciskek yang takyah masuk gelatin. so buat yg takde gelatin la, aini nak ke? kalo free nanti akak pos kan
-kaknajah-
therapy saya juga, baking membaking ni, tapi x la terror ;).
Ingat dulu, tensi buat write-up thesis Master, masuk dapur buat biskut, hahaha..
loh aini. ada cheesecake recipe yang tak perlu pakai gelatin pon. sodap pon sodap. aku bawak ke ofis, cepat giler kena rembat hehehe. bahan-bahan dia pon senang cari punyer. tak perlu pergi bake with yen pon. nanti aku email the recipe, the original recipe pakai sour cream, but i change it to natural yogurt.
Assalamualaikum warahmatullah,
halalmart tu kat mana ye?
Maaf, ada beberapa persoalan ni,
cheese tu mmg pasti ke halal? Kalau ada renet dlm ingredient listnya blh makan juga ke?
Rasanya renet diambil dr babi @ lembu, kalau lembu tak sembelih blh makan ke?
Dengarnya whey powder yg dimasukkan dlm beberapa jenis biskut, wafer, aiskrim kon, adalah sisa pembuatan cheese, so kalau cheese tak halal yg ni pun tak halal juga kot?
-MC Sebok
HalalMart dah ada banyak.kalo kat area Gombak /Selayang ni...ada kat Sunway Batu Cave...x` ingat namanya kedai tu, nanti Tyha gi lagi Tyhaatengok nama kedainya...tapi dia memang jual semua barangan halal dan kebayankannya keluaran bumiputra.
kak najah, nak nak! nanti pos kat saya, akak jual je la kat saya :D
baiti, ni la biskut chp chips yang berjaya akak buat lepas kahwin. sebelum ni terhangit la, apalah, hihi
kak tini, yes please :)
anon ni siapa ye? i prefer people to write in here with some nicknames..
Maaf guna identity anonymous ni. Lbh krg mcm blogger ini tidak mahu dikenali.
-MCS
nak main cak2 macam tu, i think i can guess who's writing, but still i prefer those who write their nicknames, masuk sini pun sudah diberi privileges
Fiz has left a new comment:
mar, pernah tak try biskur choco chip kat tirana? jadi mcm chipsmore... hehe, anak anak akak suka makan sebab ada rs kacang, cornflake dan cekelat chip..
btw, sahnun tgh ngendeng sama bc post ni sambil angguk angguk..mcm faham je...
Post a Comment