Aduyai, terliur tengok gambar ayam percik dalam buku resepi Chef Hanieliza
Ayam PercikAlhamdulillah, sebelum ni, buat ayam percik, mesti terlebih pedas, sebab apa tau, agaknya hati tak tenang ..hihi, acah je la
Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula (gula lebihkan sedikit untuk sesuai taste aku)
1 s/t halba (aku tak guna halba)
garam secukup rasa
bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai
Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.
Sumber: Hanieliza's fotopages
No comments:
Post a Comment