Wednesday, July 8, 2009

Udang Masak Masam Manis (Kut)

Saya pun tak tahu hendak diletak tajuk apa
Sebab udang ni saya hanya cuba-cuba buat, memandangkan ada stok dalam peti sejuk, dan bahannya ikut suka



Cara:
1. Blend sedikit halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. [Ini saya gunakan lebihan untuk ayam percik hari tu, diblend dengan kuantiti agak banyak]
2. Tumis dalam kuali sehingga pecah minyak
3. Masukkan udang yang sudah dibuang kulit dan kepalanya. Ekor masih ditinggalkan
4. Perahkan sedikit limau kasturi atau saya kira boleh sahaja sekiranya menggunakan air asam jawa. Sekiranya gunakan limau kasturi, masukkan sedikit air
5. Tambah gula, kicap manis, sos tiram, sos tomato, ikut suka kuantitinya.
6. Angkat setelah masak dan hiaskan dengan potongan daun sup/daun bawang

No comments: