Monday, July 20, 2009

Sardin Masak Lemak

Resepi diubah suai dari Chef Hanieliza


1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar

2. Masukkan sardin (satu tin besar), kacau supaya tidak pecah minyak

3. Masukkan bendi, tomato yang telah dibelah atau sayuran lain ikut suka

4. Masukkan santan dan sedikit garam. Agak-agak sudah masak, tutup api.

Nota:

+ Boleh omit cili kering untuk hilangkan pedas

+ Saya kira resepi ini boleh gunakan belacan dan udang kering, untuk menggantikan garam. Caranya tumis, belacan dan udang kering yang ditumbuk sekali dengan bahan kisar. Tumis segala bahan tersebut, sebelum masukkan sardin. Em, hari tu saya cuba buat gulai guna bahan tumisan bawang, udang kering dan belacan, Auni menambah nasi 2 kali!

p/s Perasan tak saya guna periuk Vision mltan100.blogspot.com. Baru bermimpi nak beli, tengok-tengok Ummi hadiahkan (pst, bukan baru ye, Ummi beli berbelas tahun dahulu, tapi belum pernah guna mltan100.blogspot.com. Jaminan 10 tahun pun sudah habis mltan100.blogspot.com)

12 comments:

ummunaqiha said...

ops, terliur la sardin masak lemak. nak cuba, nak cuba...

ummunaqiha said...

:D... :P

seronoknya ummi hadiahkan.
akak termimpi2 vision. last2 2 minggu lepas, beli gak sebijik 1.5 ltr. kat wanitamelayu.com, harga RM 139.00 termasuk kos pos.

dah dapat, betul2 puas hati.. dok masak sup hari2..hihihihi..

Farra said...

suka nak ada Vision gak...aku tade..periuk cikai saja guna masak di rumah :D

sib baik vision belum masuk mimpi lg..kat langkawi berlambak, tapi kan susah nak hangkut..

Ummu Auni Afif said...

kak ummunaqiha, saya ni terkial2 lagi guna vision tu. patut pakai minyak ke tidak, huhuhu. ataupun macam non stick frying pan, tak payah minyak? hihi

farra, aku baru semalam rasni. sebelum tu pakai periuk cap buaya je. menurun Ummi :D

ummunaqiha said...

eh, akak guna minyak selamba gitu jek..ke memang takyah guna? kena t anya tyha..hiks...

Farra said...

benci gak periuk cikai2 ni...bila masak mudah melekat!

Ummu Auni Afif said...

kak ummunaqiha, eh kena pakai minyak. macam guna periuk biasa juga. saya baru google tadi, boleh refer link ini

farra, aku nak komen vision lebih2 pun tak boleh :p

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

saya so far baru merasa telur separuh masak buatan isteri....isteri sibuk.

sekali jer

huhuhu

Ummu Auni Afif said...

fauzan, masa ni lah tunjuk skill masak, jadi macam ustaz hasrizal :)

the author said...

huhu, akak pun takde periuk vision. bantai guna yg mak mertua punya aje.
baru teringat ada sardin setin kat dapur. esok nak masak guna resepi aini lah!
pinjam yerr...
-kaknajah-

Ummu Auni Afif said...

heh akak, saya selalu masak sardin dgn kicap sahaja, hihihi. sekali kicap habis daa...cuba je la, tapi kalori banyak tu sbb guna santan :p

Puan Hanis said...

wahh...tak penahhh makan atau masak atau seangkatan dgnnya sardin masak lemak nih....nak cuba jugakkk...terliur gak gayanya tuh...