Thursday, July 9, 2009

Cream puff

Oh, sungguh manis dan enak sekali memikirkannya mltan100.blogspot.com. Selalu teringin hendak makan, tetapi selalunya saya mengambil jalan singkat dengan membelinya

Mudah sahaja hendak membuatnya, cuma selama ini, mungkin bimbang tidak menjadi dan sebagainya mltan100.blogspot.com. Lagipun tiada nozzle untuk digunakan [oh, alasan semata!]

Teruja bila memerhatikan resepi di blog Yati, baru saya teringat saya menyimpan resepi ini

Cream puff

200ml water
95g butter - room temperature, slice into 1cm
130g flour
4 eggs

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan ketepikan
2. Pecahkan telur dan pukul seditkit
3. Letak butter dan air dalam satu periuk dan panaskan pada suhu sederhana hingga mentega cair. Alihkan dari stove.
4. Tambah tepung dan kacau sebati.
5. Panaskan atas dapur semula seketika dan alihkan dari dapur
6. Masukkan telur tadi dan kacau sebati. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan dalam piping beg. 7. Gunakan nozzle bulat atau bintang saiz besar dan paipkan atas loyang pembakar yang telah disapu marjerin.
8. Spray sedikit dengan air atas permukaan cream puff tadi sebelum dibakar
9. Bakar pada suhu 175 selama 25-35 minit atau selalu tengok oven. Kalau cream puff telah bertukar warna perang keemasan, dah siap la tu.
10. Sejukkan dan masukkan custard cream

Custard cream

1 tablespoon flour
1 tablespoon cornstarch
4 tablespoons sugar
200ml (1 cup) fresh milk
1 egg (L size)
1 tablespoon butter

Cara-cara:
1. Campurkan tepung, gula dan susu kedalam periuk kecil dan kacau sebati
2. Panaskan atas api kecil
3. Masukkan telur dan terus kacau sehingga pekat. Jangan besarkan api.
4. Masukkan mentega dan kacau sehingga pekat
5. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam cream puff yang telah dibakar.

Sumber: Farra
Nota:

1. Saya hanya gunting kecil di hujung plastik untuk 'pipe'kan puff ini. Memuaskan juga hasilnya
2. Saya membakar puff sebelum keluar rumah, rasanya sedikit teruja, ketika membuat 'custard'nya sebab puff sudah siap! Ibarat terapi yang sangat menenangkanmltan100.blogspot.com

12 comments:

Farra said...

krim custard dah ada cara baru senang nak buat..ada custard cream mix dah jual kat kedai Bagus :D

lps ni beli la nozzle star, lg cunted

rajin toi bake! goodd

ummu-muhammad said...

sedapnya...lama tingin nak buat cream puff. suka sgt makan. gi makan kat rumah kak aini je lah eh. hehe...

Ummu Auni Afif said...

farra, nak beli pun, hendak buat jarang sekali, hehe. aku dari dulu nak pergi bake with yen, tapi tak tahu exact location, sedih kan :P

ummu muhammad, betul ker? meh la datang. kalau nak datang, nanti akak buat :D

Ummu Muhammad said...

tempahan dibuka tak? brp sebiji?

Ummu Auni Afif said...

ainul nak ke? akak bakar je la untuk ainul, hehehe. tapi janji kena datang rumah :p

Ummu Muhammad said...

ahaks...worait!! mmg tingin nak nengok umah akak. Haa inilah masanya cik abang tadok rumoh kan.

Ummu Auni Afif said...

nampaknya akak sampai rumah ainul dululah, :p

alyaa said...

cream puffs yg k.aini wat sedap! sedap!

Ummu Auni Afif said...

makan sampai habis tak? hihihi :P

Fauziah said...

nak amik resipi... dah lama teringin nak buat... inti dia ada resipi tak?

Fauziah said...

oohh... custardnya pakai corn starch yer.. saya guna tepung custard, susu cair, gula dan dimasak atas api perlahan. selalu buat pau custard or donut custard mcm kat dunkin donut tu kan... tapi kalau nak wat inti cream puff kena panaskan lama sikit sampai pejal. tapi takper... bleh try ini resipi... huhu.. tq...

Ummu Auni said...

trick saya pakai susu :-). dah banyak kali buat, Alhamdulillah OK