Saturday, December 3, 2011

Ayam golek jadi ayam percik


Kononnya hendak buat ayam golek, separuh jalan menumis terdetik dalam hati, isk, tak sedap sangatlah awasnya, baik buat ayam percik.


Resipi dari Chef Hanieliza tapi sebab tak jumpa di internet trademark, salin resipi lain


Bahan-bahan ( 2 )

  • 2 bahagian paha ayam
  • 1 mangkuk santan
  • 5 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili kering
  • 3 biji cili padi (kalau suka pedas)
  • sedikit kunyit dan sedikit halia 
  • Gula (Saya yang modify)
  • Halba (Saya yang modify)

Cara-cara

  1. Bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, cili kering dikisar halus
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam serta santan pekat. Masak hingga ayam separuh masak.
  4. Keluarkan ayam tadi dan bakar antara 20-25 minit
  5. Kuah rebusan ayam tadi disapukan pada ayam yang sedang dibakar.
  6. Siap untuk dimakan

Monday, September 5, 2011

Singgang Daging (Resipi Mok)

Bahan A
Lengkuas (dihiris nipis)
Halia (dihiris)
Bawang merah (dimayang)
Bawang putih (dihiris)
Ketumbar (ditumbuk)
Cili boh (2 sudu)/Cili kering

Bahan B
Asam keping
Budu
Daging (dihiris nipis)

Cara

1. Masukkan bahan A, asam keping, daging dan air di dalam periuk.

2. Jerang di atas api hingga masak.

3. Rasa. Sekiranya kurang masin, masukkan sedikit budu.

Sup tulang (resipi Mok)

Bahan A
Bawang merah/bawang besar
Bawang putih

Lada hitam
Ketumbar
Cili boh

Bahan B
Tulang
Rempah sup
Garam

Cara:
1. Bahan A dikisar menggunakan mesin pengisar.

2. Tulang direbus bersama rempah sup.

3. Masukkan rempah sup

4. Rebus sekurang-kurangnya 2 jam di atas api perlahan.

5. Akhir sekali, masukkan garam dan rasa sebelum tutup api.

Gulai Ikan (resipi Mok)

Bahan A
Bawang merah (beberapa biji)
Bawang putih (beberapa ulas)
Sedikit lengkuas
Cili boh  

Bahan B
Santan  

Bahan C
Ikan
Garam
Asam keping

Cara:

1. Bahan A dikisar menggunakan mesin pengisar/tumbuk hingga lumat. Lebih mudah guna mesin pengisar.

2. Ikan diletak di dalam periuk, ditabur sedikit garam dan asam keping

3. Masukkan bahan A yang sudah dikisar ke dalam periuk berisi ikan

4. Masukkan air. Kemudian masukkan santan

5. Panaskan periuk, tunggu hingga masak.

6. Siap!

** Sekiranya menggunakan ikan aye, sila rebus dahulu bersama sedikit garam dan asam keping sebelum menggulainya

Sunday, May 15, 2011

Kek Batik Aina & Nida

Sempena Usrah Kelompok Muslimat di rumah saya, Aina & Nida tunjuk skill buat kek batik yang cantik

Sessi kek batik. Aina selaku protege Nida tunjuk bakat buat kek batik.

Mula-mula masukkan mentega satu buku. Panaskan atas api perlahan.

Kacau sampai mentega cair.

Masukkan serbuk koko. Ini Aina masukkan serbuk Koko Radix. Support Muslim's product

Tuang susu pekat manis. Aina letak separuh tin susu pekat manis. Kalau hendak manis lagi, masukkan lebih banyak susu pekat manis.

Kacau, dan masukkan susu kotak sedikit untuk lembutkan kek batik.

Sebab tangan pun tangkas kacau kek batik, Aina dah masukkan biskut Marie yang dipatahkan.

Pesan Nida, biskut Marie kena kecil, baru cantik masa potong.

Masukkan dalam loyang. Tekan hingga padat.

Nida as ketua chef kek batik.

Nida bawa satu plastik kek batik yang dijual di kedai BAKIT. Kek batik Nida kemas. Biskut pun rapat-rapat.

See, I told you - lawa kan kek batik Nida!

Untuk jimat ruang, Nida masukkan dalam beg plastik dan mampatkan kek batik untuk jadi cantik. Rahsia Nida: Masukkan kek batik dalam peti sejuk dan sejukkan selama 2 hari untuk kek batik terbaik. Kalau lebih 2 hari, terlampau keras. Satu hari pun boleh, tetapi yang terbaik adalah dua hari.

Contoh kek batik yang dijual di kedai BAKIT. Sekarang ni, rumah saya ada banyak kek batik. Hasil tangan Aina & Nida..kekeke

Sunday, March 27, 2011

Yeay, I made smoothies

Alang-alang sudah ada pengisar yang mampu mengisar ais sehingga halus, maka saya pun berusaha buat smoothies

Mudah sahaja, masukkan beberapa ketul ais dan susu secawan (saya guna susu tepung anak :P)

Kisar hingga hancur. Oh, untuk blender saya, saya guna punat gambar ice (tunjuk fungsi 'ice crusher')

Lepas itu, masukkan whipping cream (ini kes gantikan yogurt, patut masukkan yogurt ye, kawan-kawan)


Kemudian, masukkan buah strawberi lazat


(Terima kasih adikku untuk strawberi ini dari Cameron Highlands)

Kisar hingga sebati semua bahan.

Ini gambar smoothies yang telah dikisar.


Ini pula hasil tegukanku...Sekejap je dah habis ^_^

Thursday, March 24, 2011

Tiramisu

Resipi dari Puan Hany kita

Salam Aini,
senang jer resipinya, selamat mencuba!



Bahan cream cheese:
1 kotak kecil Whipping Cream
1 ketul Cream Cheese Phildephia
1/2 cawan gula halus (sesedap rasa)
--> campur semua, putar sampai sebati dan gebu.



Bahan lapisan:
Biskut Marie (Tiger) atau boleh guna kek span or apa-apa kek.
4 sudu kecil Nescafe
4 sudu kecil gula
air panas
--> bancuh Nescafe dengan gula dan air panas



-celup biskut Marie dlm Nescafe & susun dlm bekas.
-masukkan adunan Cream Cheese satu lapis.
-celup biskut Marie dlm Nescafe dan susun lagi.
-masukkan adunan Cream Cheese satu lapis lagi.
-ulang proses lapisan sampai habis bahan.
*lapisan atas adalah lapisan cream cheese.
-masukkan dlm peti ais = 4 jam
- taburkan serbuk koko.. potong & hidangkan.


*serbuk koko bleh campur ngan milo lagi sedap &setiap lapisan cream cheese bleh tabur serbuk koko+milo.

Pst..tak ada gambar yang dah siap :P

Sunday, February 13, 2011

Tote Boutique's Giveaway

Saya pun nak join giveaway ni!

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY
------------@-------------


Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org

Sunday, January 30, 2011

Fluffy Pancake

Saya baru hendak mencuba buat pancake, selama ni duk tengok je

Ye la pancake ni kan breakfast mat saleh.

Tapi, hendak cuba jugalah jadi ke tidak kan fluffy nya

Google 'fluffy pancake recipe' dan jumpa ini

Fluffy Pancakes

Original Recipe Yield 4 servings

Ingredients

* 1 cup all-purpose flour
* 1 tablespoon sugar
* 2 teaspoons baking powder
* 1/2 teaspoon salt
* 1 egg
* 3/4 cup milk
* 1/4 cup shortening, melted

Directions

1. In a small bowl, combine the flour, sugar, baking powder and salt. Combine the egg, milk and shortening; stir into dry ingredients just until moistened.
2. Pour batter by 1/4 cupful onto a greased hot griddle. Turn when bubbles form on top of pancakes; cook until the second side is golden brown.

Senang sahaja - masukkan bahan-bahan, kemudian blend seperti ini


Kemudian, sudukan adunan ke kuali lengser (flat la kan)

Kalau tak ada kuali lengser, tak perlulah beli. Pakai kuali biasa pun sudah memadai.


Masak atas api perlahan, sapu dengan sedikit marjerin di atas kuali tersebut.

Masya Allah, meleleh tengok. Boleh makan bersama sapuan mentega dan gula, peanut butter, jem, madu ataupun coklat :-)

Thursday, January 13, 2011

Chicken Stew

Semalam bawa keluar slow cooker yang sudah lama tersimpan...

Lama sebab dapat tahun 2002

Konon nak buat chicken stew

Kononnya.

Anak tengok, dan kata ,"Baru."

Aduh, anakku.

Nampak sangat Ibu jarang guna slow cooker ni kan :-P

(tak reti nak masak makanan guna slow cooker ni)

Ini lah outcome chicken stew tadi yang di'slow cook'



Ayam pun dah hancur. Dah 8 jam duduk dalam slow cooker

Mujur lembut dan sedap....

Kenapa tergerak hati nak masak chicken stew ni?

Sebab semalam rebus kentang untuk anak bawa bekal pergi sekolah.

Ada lebihan sup beli untuk bihun sup.

Mula-mula hiris bawang besar 3 biji, bawang putih 2 ulas, halia 1 inci, cili (ikut suka). Ai letak cili merah sebiji

Goreng dalam kuali, bagi rangup (ni petua sifu saya, Dr Aliya :-))

Masukkan dalam slow cooker setelah digoreng.

Dadu lobak merah, sayur jagung atau seangkatan dengannya (sayur keras)

Dadu kentang..Dadu jangan tak dadu

Tomato belah 4

Ayam dipotong kecil.

Masukkan segala bahan dalam slow cooker

Masukkan sedikit air. Ikutlah banyak mana nak letak air, macam saya takat cukup tutup bahan-bahan tu la

Lepas tu nampak ada sup baki minggu lepas, masukkan juga.

Masukkan serbuk lada sulah sikit.

On slow cooker tu sebelum pergi kerja.

Balik kerja, tengoklah slow cooker tu. Masukkan garam ikut suka.

Yummy! Rasa macam sup ayam yang dah masuk pati ayamnya dalam kuah.