Mudah sahaja, masukkan beberapa ketul ais dan susu secawan (saya guna susu tepung anak :P)
Kisar hingga hancur. Oh, untuk blender saya, saya guna punat gambar ice (tunjuk fungsi 'ice crusher')
Lepas itu, masukkan whipping cream (ini kes gantikan yogurt, patut masukkan yogurt ye, kawan-kawan)
Kemudian, masukkan buah strawberi lazat
(Terima kasih adikku untuk strawberi ini dari Cameron Highlands)
Kisar hingga sebati semua bahan.
Ini pula hasil tegukanku...Sekejap je dah habis ^_^
2 comments:
sedapnya..
last week guna apple hijau.. sangat2 nyaman ketika cuaca panas membahang..hihihi
sekarang ni mangga saya dah guna, jagung pun sams..begitu juga oren..semalam choc drink :D
Post a Comment