Friday, July 24, 2009

Biskut Chocolate Chips


Finally, my choc chips biscuits.

I forgot one thing though - letak serbuk koko mltan100.blogspot.com

Tua dah makcik ni rupanya....Macam mana lah boleh terlupa, dah siap masuk oven, baru tepuk dahi terlupa letak serbuk koko mltan100.blogspot.com

BISKUT COKLAT CHIPS

Bahan
160 g butter
80 g gula kastor (campak gula biasa je)
1 biji kuning telur
1 s/k essen vanilla
200 g coklat cips
50 gm bubble rice (ni tak letak)
50 gm cornflake kisar (ganti dengan badam kisar halus..beli siap dari Bake with Yen)
200 g tepung naik sendiri (substitute with plain flour, plus 1 teaspoon of baking powder)
1 s/b serbuk koko (ni elemen warna yang paling penting, tapi lupa nak letak)

Hiasan (I omitted this)
coklat cair
chips putih [white chocolate drops]

Cara
1. Pukul gula dan butter sehingga hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata
3. Masukan bubble rice, cornflake kisar dan coklat chips.
4. Masukkan tepung dan bahan yg telah diayak. Gaulkan rata.
5. Sudukan atas paper-cup kecil.
6. Bakar dalam pre-heat oven suhu 180'C selama 15 - 20 minit.
7. Bila sejuk hiaskan dengan coklat cair dan chips puth.
7. Sejukkan dahulu baru disimpan.

Sumber: Chef Hanieliza

Auni makan berketul-ketul biskut ni malam tadi mltan100.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2009

Bubur Kacang


1. Rendam kacang hijau semalaman

2. Setelah kacang hijau lembut, panaskan dalam periuk. Masukkan gula pasir/gula melaka, ikut suka kuantitinya

3. Tunggu hingga gula cair, masukkan santan

4. Biar sehingga mendidih, dan tutup api. Sedia untuk dimakan

Monday, July 20, 2009

Sardin Masak Lemak

Resepi diubah suai dari Chef Hanieliza


1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering yang telah dikisar

2. Masukkan sardin (satu tin besar), kacau supaya tidak pecah minyak

3. Masukkan bendi, tomato yang telah dibelah atau sayuran lain ikut suka

4. Masukkan santan dan sedikit garam. Agak-agak sudah masak, tutup api.

Nota:

+ Boleh omit cili kering untuk hilangkan pedas

+ Saya kira resepi ini boleh gunakan belacan dan udang kering, untuk menggantikan garam. Caranya tumis, belacan dan udang kering yang ditumbuk sekali dengan bahan kisar. Tumis segala bahan tersebut, sebelum masukkan sardin. Em, hari tu saya cuba buat gulai guna bahan tumisan bawang, udang kering dan belacan, Auni menambah nasi 2 kali!

p/s Perasan tak saya guna periuk Vision mltan100.blogspot.com. Baru bermimpi nak beli, tengok-tengok Ummi hadiahkan (pst, bukan baru ye, Ummi beli berbelas tahun dahulu, tapi belum pernah guna mltan100.blogspot.com. Jaminan 10 tahun pun sudah habis mltan100.blogspot.com)

Thursday, July 9, 2009

Cream puff

Oh, sungguh manis dan enak sekali memikirkannya mltan100.blogspot.com. Selalu teringin hendak makan, tetapi selalunya saya mengambil jalan singkat dengan membelinya

Mudah sahaja hendak membuatnya, cuma selama ini, mungkin bimbang tidak menjadi dan sebagainya mltan100.blogspot.com. Lagipun tiada nozzle untuk digunakan [oh, alasan semata!]

Teruja bila memerhatikan resepi di blog Yati, baru saya teringat saya menyimpan resepi ini

Cream puff

200ml water
95g butter - room temperature, slice into 1cm
130g flour
4 eggs

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan ketepikan
2. Pecahkan telur dan pukul seditkit
3. Letak butter dan air dalam satu periuk dan panaskan pada suhu sederhana hingga mentega cair. Alihkan dari stove.
4. Tambah tepung dan kacau sebati.
5. Panaskan atas dapur semula seketika dan alihkan dari dapur
6. Masukkan telur tadi dan kacau sebati. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan dalam piping beg. 7. Gunakan nozzle bulat atau bintang saiz besar dan paipkan atas loyang pembakar yang telah disapu marjerin.
8. Spray sedikit dengan air atas permukaan cream puff tadi sebelum dibakar
9. Bakar pada suhu 175 selama 25-35 minit atau selalu tengok oven. Kalau cream puff telah bertukar warna perang keemasan, dah siap la tu.
10. Sejukkan dan masukkan custard cream

Custard cream

1 tablespoon flour
1 tablespoon cornstarch
4 tablespoons sugar
200ml (1 cup) fresh milk
1 egg (L size)
1 tablespoon butter

Cara-cara:
1. Campurkan tepung, gula dan susu kedalam periuk kecil dan kacau sebati
2. Panaskan atas api kecil
3. Masukkan telur dan terus kacau sehingga pekat. Jangan besarkan api.
4. Masukkan mentega dan kacau sehingga pekat
5. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam cream puff yang telah dibakar.

Sumber: Farra
Nota:

1. Saya hanya gunting kecil di hujung plastik untuk 'pipe'kan puff ini. Memuaskan juga hasilnya
2. Saya membakar puff sebelum keluar rumah, rasanya sedikit teruja, ketika membuat 'custard'nya sebab puff sudah siap! Ibarat terapi yang sangat menenangkanmltan100.blogspot.com

Wednesday, July 8, 2009

Udang Masak Masam Manis (Kut)

Saya pun tak tahu hendak diletak tajuk apa
Sebab udang ni saya hanya cuba-cuba buat, memandangkan ada stok dalam peti sejuk, dan bahannya ikut suka



Cara:
1. Blend sedikit halia, bawang besar, bawang putih dan cili kering. [Ini saya gunakan lebihan untuk ayam percik hari tu, diblend dengan kuantiti agak banyak]
2. Tumis dalam kuali sehingga pecah minyak
3. Masukkan udang yang sudah dibuang kulit dan kepalanya. Ekor masih ditinggalkan
4. Perahkan sedikit limau kasturi atau saya kira boleh sahaja sekiranya menggunakan air asam jawa. Sekiranya gunakan limau kasturi, masukkan sedikit air
5. Tambah gula, kicap manis, sos tiram, sos tomato, ikut suka kuantitinya.
6. Angkat setelah masak dan hiaskan dengan potongan daun sup/daun bawang

Tuesday, July 7, 2009

Ayam Percik


Aduyai, terliur tengok gambar ayam percik dalam buku resepi Chef Hanieliza

Ayam Percik

Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula (gula lebihkan sedikit untuk sesuai taste aku)
1 s/t halba (aku tak guna halba)
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Sumber: Hanieliza's fotopages
Alhamdulillah, sebelum ni, buat ayam percik, mesti terlebih pedas, sebab apa tau, agaknya hati tak tenang
mltan100.blogspot.com..hihi, acah je la mltan100.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

Beef Steak



Bahan-bahan
500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

Bahan kisar
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 batang serai
1 inci halia

SOS LADA HITAM :
1 s/b lada hitam
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara Memasak
1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
5. Angkat daging dan sediakan sos.

SOS LADA HITAM
1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

Sumber: Chef Hanieliza

Nota: Sos Lada hitam a bit bitter, mungkin terlebih letak lada hitam kut, Mungkin kena tambah gula.madu lain kali. Punyalah lama peram steak ni mltan100.blogspot.com - baru tergerak hati nak buat

Puding marble

Walaupun corak marble tak berapa jadi, tapi rasanya boleh tahan sedap jugalah mltan100.blogspot.com

Puding Marble

1 plastik agar2(25 g)
5 gelas air
3 bj telur
1 sd besar t,kastad
1 tin susu pekat manis
1 sd majerin
3 sudu koko
Sdikit air panas

Masak agar2. blend telur,kastad,susu.masukkan ke dalam agar2 yg telah hancur tadi.tambah majerin.kacau dan biar mendidih seketika.bhagikan kepada dua bahagian(1:2).kacau koko dgn air panas,masukkan ke dalam adunan yg sedikit.

Ambil bekas-tuang di tengah2 bekas secaraberselang seli.mula-mula 2 senduk bhgian yg byk dan satu senduk adunan koko.mesti dituang ditengah2 sepanjang masa. Sudah selesai iraikan dgn garpu supaya menjadi macam sarang labah2. sejukkan. Sekian selamt mencuba….

Resepi Cik Ana

Patut bentuk tak jadi marble, aku buat adunan sama rata mltan100.blogspot.com