Monday, September 14, 2009
Daging Black Pepper
Resipi dari sifu kek: Pn Yati
Bahan-bahan
Daging [dihiris nipis]
Bawang besar [dipotong bulat]
Halia 1 inci [dihiris nipis]
Bawang putih 3 ulas [diketuk/dihiris]
Daun bawang [dipotong kecil]
Tomato [dibelah empat atau lapan]
Lada hijau [dipotong bulat]
Lada hitam
Kicap manis
Cara-cara
1. Bawang besar, bawang putih, halia dan daging digoreng sehingga garing
2. Masukkan lada hitam dan kicap manis [sukatan ikut suka]
3. Tepung jagung dibancuh dengan air [jangan banyak sangat!] dan tuangkan ke dalam kuali yang berisi daging goreng tadi.
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan tomato dan lada hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
5. Masukkan daun bawang.
Nota: Sekiranya suka, boleh juga nasukkan cili merah yang dipotong serong.
Friday, September 11, 2009
Tomyam Ayam
Bahan-bahan
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang serai diketuk
Sedikit lengkuas
Beberapa helai daun limau purut - dikoyakkan tetapi jangan sampai putus
Limau nipis (diperah dan ambil airnya)
Sedikit cili kering
2 biji tomato - dibelah empat
Pes tomyam (beli siap atau kalau rajin, buat dari resipi Chef Hanieliza)
Ayam - 2/3 bahagian ayam - dipotong kecil-kecil
Air - 500 - 700 ml
Sayuran - Lobak merah, cauliflower, putik jagung (ikut suka, dihiris nipis, potong bulat)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan cili kering. Masak hingga naik bau
3. Masukkan air
4. Masukkan tomato yang telah dibelah, serai, lengkuas dan ayam. Agak-agak ayam sudah kelihatan masak, masukkan pes tomyam
5. Biar sebentar di atas api, sehingga pes tomyan kelihatan sebati dengan air.
6. Masukkan sayuran.
7. Agak-agak sayur sudah masak, tutup api, dan masukkan air limau nipis ke dalam tomyam tadi
Nota: Kalau tidak mahu guna pes tomyam pun tidak apa, tambahkan sedikit garam dan perah limau nipis dalam kuantiti agak banyak
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang serai diketuk
Sedikit lengkuas
Beberapa helai daun limau purut - dikoyakkan tetapi jangan sampai putus
Limau nipis (diperah dan ambil airnya)
Sedikit cili kering
2 biji tomato - dibelah empat
Pes tomyam (beli siap atau kalau rajin, buat dari resipi Chef Hanieliza)
Ayam - 2/3 bahagian ayam - dipotong kecil-kecil
Air - 500 - 700 ml
Sayuran - Lobak merah, cauliflower, putik jagung (ikut suka, dihiris nipis, potong bulat)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana
2. Masukkan bawang besar dan cili kering. Masak hingga naik bau
3. Masukkan air
4. Masukkan tomato yang telah dibelah, serai, lengkuas dan ayam. Agak-agak ayam sudah kelihatan masak, masukkan pes tomyam
5. Biar sebentar di atas api, sehingga pes tomyan kelihatan sebati dengan air.
6. Masukkan sayuran.
7. Agak-agak sayur sudah masak, tutup api, dan masukkan air limau nipis ke dalam tomyam tadi
Nota: Kalau tidak mahu guna pes tomyam pun tidak apa, tambahkan sedikit garam dan perah limau nipis dalam kuantiti agak banyak
Tuesday, September 8, 2009
Kek Batik
Salam
Bila dah buat kek batik, asyik nak makan sahaja.
Gambar dari sini
Resipi dari Puan Najah
Bahan-bahan
Satu paket kecil biskut marie
Setengah tin susu pekat
Satu cawan serbuk Milo
Sentegah ketul butter
Cara-cara
Nota:
Bila dah buat kek batik, asyik nak makan sahaja.
Gambar dari sini
Resipi dari Puan Najah
Bahan-bahan
Satu paket kecil biskut marie
Setengah tin susu pekat
Satu cawan serbuk Milo
Sentegah ketul butter
Cara-cara
- Panaskan butter dalam periuk di atas api kecil sehingga butter cair
- Masukkan susu pekat manis, kacau
- Masukkan Milo dan kacau
- Tutup api
- Masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan ke dalam periuk tersebut. Kacau sehingga segala biskut diselaputi dengan adunan tersebut
- Masukkan dalam bekas dan mampatkan supaya kek jadi cantik.
- Sejukkan dalam peti sejuk semalaman dan sedia untuk dihidang
Nota:
- Boleh tambah bahan lain seperti gambir, kismis atau bahan lain ikut suka
- Sukatan yang diberikan hanya anggaran sahaja.
Monday, September 7, 2009
Playdoh
Dah dua hari tak ke mana-mana, duduk di rumah saja, Ibu pun masak playdoh untuk budak-budak ni.
Tak ingat siapa yang bagi resipi playdoh ni.
Dari dulu suka kumpul resipi, tapi jarang nak membuatnya, hehehe
1/2 cup salt
1 cup flour
2 tbs.cream of tartar
1 cup water
1 tbs vegetable oil
food colouring
1. Mix salt, flour and cream of tartar together.
2. Add water, oil and food colouring.
3. Cook mixture on medium heat until dough feels right (3-5 minutes).
4. Store in airtight plastic bag or container.
p/s Kalau nak buat banyak2 colour..masa step 2 tu sebelum masukkan food colouring..divide dulu mixture kemudian baru boh colour dan kena masak asing2. Atau pun buat aje mixture lain guna original sukatan dan boh warna lain...Selamat mencuba!
Thursday, September 3, 2009
Nasi Daging
Resipi diubah suai dari Chef Hanieliza
Kali ni, cuba buat nasi daging. Berbaki nasi dari berbuka puasa hari tu.
Bahan tumis
Bawang merah [dimayang]
Bawang kecil [dimayang]
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Halia [dihiris]
Bahan-bahan
Nasi [saya gunakan nasi leftover dari berbuka puasa sebelum ini]
Cili padi [kalau nak lebih pedas, tambah lagi banyak]
Lobak merah [dihiris]
Timun [ dihiris]
Tomato [buang isinya dan dihiris]
Kacang panjang [dipotong serong]
Daging
Halia [dihiris]
Serai [ditumbuk]
Gula
Garam
Limau nipis
Kicap
Cara
1. Daging direbus dengan halia dan serai sehingga masak. Hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.
2. Bahan tumis ditumis dengan sedikit minyak/marjerin
3. Bila naik bau, masukkan daging yang telah dihiris
4. Masukkan sedikit kicap, gula, garam dan cili padi
5. Masukkan nasi dan gaul rata
6. Masukkan lobak merah, dan kacang panjang.
7. Tutup api, masukkan timun dan tomato dan perah sedikit air limau nipis
Nota:
1. Sayuran lain boleh dicampur mengikut selera masing-masing
2. Saya kira kismis juga boleh dicampur untuk menyedapkan lagi hidangan
Tuesday, September 1, 2009
Onde-onde @ Buah Melaka
Bahan-bahan:
Tepung pulut
Gula melaka
Daun pandan/pewarna hijau
Kelapa parut
Sedikit garam (sekiranya suka)
Cara-caranya:
1. Daun pandan ditumbuk dengan sedikit air atau dikisar, sehingga mengeluarkan warna hijau.
2. Tepung pulut dicampur dengan sedikit air dan air daun pandan yang telah ditapis. Uli adunan. Jangan dibiarkan terlalu pekat atau cair, agak-agak, dalam menjadi seperti doh
3. Ambil sedikit adunan, dan masukkan sedikit gula melaka yang telah pun dipecahkan atau dipotong kecil. Gentel (bulatkan) adunan sehingga menutupi gula melaka tadi
4. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan adunan yang sudah digentel tadi. Adunan akan tenggelam dan berada di dasar periuk.
5. Selepas beberapa ketika, adunan akan timbul menandakan ianya sudah masak. Angkat adunan yang telah timbul.
6. Golekkan adunan tersebut di dalam pring berisi kelapa parut yang diisi sedikit garam.
7. Siap!
Nota: Onde-onde saya kurang warna hijaunya sebab hanya guna sehelai daun pandan
Subscribe to:
Posts (Atom)