Sudah lama simpan. Konon untuk berbuka puasa, dan simpanan beberapa hari berbuka puasa, insya Allah
Resipi ni dapat dalam Ummiku Sayang yahoo group. Tak ingat siapa sender dia
ROAST CHICKEN
1 ekor ayam
chilli kering 15 biji
bawang besar 2 biji or 10 biji bwng kechil
bawang putih 4 ulas
halia 3 inci
serai 4 batang
Bahan2 diatas di blender *
Garam
Stock chicken 2 cube
Lada hitam 2 sudu kechil
Madu 1/2 cawan
Butter 1/2 buku
Mula mula bersih kan ayam yang seekor tadi jangan di potong di
kelar-kelar badan ayam tadi kemudian di lumurkan garam stock chicken
dan bahan-bahan yang telah di blender tadi hingga rata termasuk
didalam perut ayam tadi .
Selesai di perapkan untuk 1/2 jam atau 1 jam kalau tidak pun tak apa
curahkan madu diatas ayam and butter di potong potong dan di taburkan
sekeliling ayam untuk separuh saja yang separuh lagi simpan untuk di
curahkan pada sebahagian ayam yang sebelah nanti.
Ayam boleh dimasak dalam oven di grill atau guna Microwave under
Combination anggaran masa 30-45 min ikut besar ayam .
__________________________________XXXXXXX____________________________
Sayur rebus or steam
----------------------------------------
Brokolli
Bunga kobis
Carrot
sayur2 diatas di rebus and sprinkle garam sedikit.
Air rebusan sayur disimpan untuk buat gravy.
Gravy lada hitam or Brown Gravy
---------------------------------------------------
Butter 1/4
Bawang besar 1 biji di potong dadu
Air rebusan sayur
Stock Chicken 2 cube
Tepung Jagung 4 sudu di bancuh air
Kicap pekat 2 sudu
Lada hitam 1 or 2 sudu
Mushroom 1 tin
Butter di masak dalam saucepan
Masukkan bawang besar yg tlh di potong dadu goreng hingga garing
Masukkan Air rebusan sayur,stock chicken biarkan mendidih
Masukkan kicap dan lada hitam
Mushroom dislice dan dimasukkan ke dalam gravy
Masukkan garam dan perasa
Akhir sekali masukkan tepung jagung yg telah di bancuh dgn air.
Kechilkan api dan biarkan didih dan kuah nya pekat.
Nota:
1. Saya bakar dalam oven lebih 1 jam pada suhu 200 darjah Celcius kerana 45 minit itu tidak mencukupi
2. Mashed potatoes - hanya rebus kentang, koyak kulit, lecekkan, campur dengan sedikit susu. Tambah sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
2 comments:
Salam ramadan.
Tentu berselera kalau dijadikan juadah berbuka puasa.
salam ramadhan pak latip :)
Post a Comment