Wednesday, August 26, 2009

Popia Foldover?



Resipi popia basah, tapi Ummu Auni tak lulus bab melengser kulit popia, jadilah popia foldover.

mltan100.blogspot.commltan100.blogspot.com

Betul-betul teringin hendak makan popia basah, sanggup berhempas pulas di dapur lepas balik kerja. mltan100.blogspot.com

Dapat resipi ni semasa melayari internet mltan100.blogspot.com

POPIAH BASAH BELAGAK

oleh Norazlina bt Shabudin

BAHAN-BAHAN

Untuk buat kulit popiah (A):

* 1 kilo tepung gandum
* 4 sudu minyak masak
* Garam secukup rasa
* Air

[Saya tidak gunakan sehingga 1 kilo gandum. Sukatan saya hanya 2 cawan]

Untuk buat inti (B):

* 1 biji lobak merah
* 1 biji sengkuang [tiada sengkuang - saya rasa kalau letak tauge, mesti lagi umph...]
* 15 biji kacang panjang/kacang buncis
* 2 biji telur
* 50 sen udang kering
* 1 biji bawang besar-ditumbuk
* 2 biji bawang putih-ditumbuk
* Bawang goreng [tiada bawang goreng]

Untuk buat sos (C):

* 15 tangkai cili kering
* 30 sen gula merah
* Garam
* 1 sudu besar cuka
* Sedikit belacan

CARA-CARA (A)

1. Adunkan kesemua bahan A dan blender (cair kulit seperti bancuhan ketayap)
2. Ambil 1 senduk bancuhan tadi dan ratakan ke atas kuali leper dengan menggunakan belakang senduk. Angkat setelah garing.

CARA-CARA (B)


1. Bawang besar, bawang putih dan udang kering ditumbuk sehingga lumat.
2. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk tadi sehingga garing.
3. Masukkan karot, sengkuang, kacang buncis dan telur. Kacau sehingga telur hancur. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Setelah masak, angkat dan toskan.

CARA-CARA (C)

1. Bahan-bahan (C) diblender.
2. Tumiskan bahan-bahan (C) tadi sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan gula merah,cuka dan garam.
4. Kacau sehingga pekat.

CARA MENGHIDANG

1. Sapukan sos di atas lapisan kulit, taburkan bawang goreng.
2. Kemudian taburkan sayur campur yang telah dimasak tadi dan digulung


Nota: Dengan tahap amatur melengser kulit popia, maka kulit popia menjadi sedikit tebal. Nak cepat siap, saya terus buat seperti foldover

6 comments:

Unknown said...

hehehe..kelakar la nama dia kak Aini..Popia basah berlagak :D

Ummu Auni said...

haha. akak tak tahu, tu kena tanya tuan punya resipi :)

me01my said...

kak Aini..nmpk best nyee laa..nk copy resepi ni eh..my husb's fav ni..bole try utk buka posa nnti..

Ummu Auni said...

boleh. bukan resipi akak pun, hihi

Tyha said...

Nak selamat,beli jelah kulit popia dah siap kat kedai.Kalau akak harus dah wat gitu...sebab kulit popia tu kalau buat sendiri cemana lah gayanya...;)

Ummu Auni said...

mmg pun selalu beli sahaja. tapi hari tu entahlah, dgn sibuk balik dari office, terfikir pun benda dah ada. lengser je la kulit popia tu. Alhamdulillah, boleh lah :)