Saturday, November 13, 2010

Roll cake pudding


Bahan-bahan:
Kek gulung - dipotong (saya gunakan separuh sahaja)
Agar-agar
Buah-buahan di dalam tin
Gula

Untuk kuah:
1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu besar tepung karamel

Cara-caranya:
1. Lapisan pertama: Kek gulung yang sudah dipotong disusun di dalam bekas. Ketepikan

2. Didihkan setengah tin susu cair dengan 2 sudu besar gula. Masukkan tepung karamel sedikit demi sedikit. Kacau. Agak-agak sudah sebati, matikan api.

3. Tuang di dalam bekas berisi kek gulung tadi untuk dijadikan lapisan kedua.

4. Susun buah-buahan di dalam tin di atas lapisan kedua tadi.

5. Panaskan air, masukkan agar-agar. Agak-agak, agar cair, masukkan gula 2 senduk. Masukkan sedikit pewarna sekiranya suka. Setelah semuanya sebati, matikan api. Tuang di dalam bekas berisi kek gulung dan lapisan karamel tadi.

6. Masukkan ke dalam peti sejuk apabila suhu bekas sudah turun kepada suhu bilik. Bila agar-agar sudah mengeras, bolehlah dijamu kepada tetamu.

No comments: