Dah banyak kali buat dulu. Ni nak buat balik. Resipi ambil dari Resipi Maut 2002
Tak sempat ambil gambar. Copy ambil dari
sini
1.1 Nasi kerabu
Bahan-bahan
untuk nasi
4 pot
beras
4 pot air
1 batang
serai dititik
2 inci
kunyit hidup, ditumbuk lumat
sedikit
isi cekur, ditumbuk lumat
Cara
memasak nasi
Beras
dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.
Cara
menghidang
1. Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
2. Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis
budu @ belacan diakhiri dengan ulam.
3. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai
seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng,
keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
Hidangan
ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti
rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.
Sambal
Kelapa
½ biji
kelapa parut
1 camca
the garam
2 camca
besar gula
sedikit
gula
5 biji
bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris
halia, ditumbuk lumat
10 biji
lada hitam, ditumbuk lumat
cara
menyediakannya
1. Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak
kering.
2. Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
Sambal
Ikan
5 ekor
ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5 biji
bawang merah
sehiris
halia
cara
menyediakannya
1. Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula.
2. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.
3. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.
Cili
Padi Jeruk
1. Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai. Campurkan 1
camca the garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
2. Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.
Tumis
Budu @ Belacan
(salah satu saja..)
1 senduk
budu @ 2 inci belacan, dibakar
5 biji
cili kering
5 biji
bawang merah ditumbuk l
2 biji
bawang putih
sehiris
halia
1 batang
serai, dititik
sedikit
gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½ biji
kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu
air asam jawa
cara
menyediakannya
1. Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air
asam jawa.
3. Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
4. Sesuaikan rasa dan angkat.
Ulam-Ulaman
- kesemua
bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai
daun kunyit
5 helai
daun cekur
1 tangkai
bunga halia @ kunyit ? jika ada
10
tangkai daun kesum
5 tangkai
daun selasih/kemangi
2 batang
kangkung
5 batang
kacang panjang
1 kuntum
bunga kantan
½ biji
timun
1 biji
bawang besar
5 biji
bawang putih jeruk
1 mangkuk
kecil taugeh, dibuang ekornya
Solok
Lada
10 biji
lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½ biji
kelapa parut putih
5 biji
bawang merah
sehiris
halia
2 ekor
ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit
garam, gula dan serbuk perasa
¼ cawan
santan pekat
cara
menyediakannya
1. Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan
serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.
2. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
3. Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
4. Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga
kering.
Ikan
Goreng Celup Tepung
5
ekor ikan, dibersihkan dan tos
½ cawan
tpung beras
sedikit
air kapur
sedikit
serbuk kunyit
garam
secukup rasa
minyak
untuk menggoreng
cara
menyediakannya
1. Bancuh tepung beras bersama air kaput, serbuk kunyit, garam dan air
secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
2. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan
goreng hingga masak.
SELAMAT
MENCUBA
PS
: Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu
mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut
dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka
menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah..
OPTION
Nasi -
biasanya gunakan nasi putih biasa sahaja
Bahan-bahan serunding
½ biji
kelapa - diparut (kelapa jangan terlampau tua atau terlampau muda).
5 ulas
bawang kecil - dihiris halus
3 batang
serai - dihiris halus
Beberapa
biji cili padi /cili besar - dihiris halus
5/6 ekor
ikan kembung/sardin - dibakar/direbus dan diambil isinya sahaja, kemudian
ditumbuk lumat.
Garam
secukup rasa
Campurkan
kesemua bahan dan dimasak di atas api yang sederhana sehingga kering/cukup
masak (bahan-bahan telah mesra).
Bahan-bahan
untuk sambal budu
Budu
(secukupnya)
Bawang
merah/besar - dihiris halus
Cili
kecil/besar - dihiris halus
Goreng
bahan-bahan ini menggunakan sedikit minyak lebih kurang 5-7 minit di atas api
yang sederhana.
Bahan-bahan
ulaman
Daun
pegaga,pucuk kunyit, serai, kesum,kacang panjang,kobis (terpulang
kepada
kesukaan kita) dihiris halus.
Limau
nipis/kasturi - dipotong