Thursday, August 19, 2010

Ikan Kukus Serai

dubahsuai dari Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:

3 keping ikan tenggiri atau bawal putih
2 ulas bawang putih(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
1 inci halia (di hiris)
1 lada hidup (di hiris)
sedikit garam [jika perlu]
lada sulah hitam (di tumbuk kasar/jgn terlalu halus)
1 s/b sos nampla [sos ikan] [boleh ganti dengan kicap]

Hiasan
daun ketumbar/daun sup [potong kecil]
tomato [belah 6]
carrot dipotong kecil

Cara:
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas mangkuk kaca [tahan panas].
3. Taburkan bawang putih, halia dan lada hidup yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan juga sedikit lada sulah hitam dan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu].
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan hidangkan.

Ikan Bakar & Air Asam

Dari: Resipi Chef Hanieliza

Sebelum dibakar

Bahan

1 ekor ikan bawal atau ikan merah [bersihkan dan kelar]
batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut
3 s/b jus asam jawa
daun pisang
aluminium foil

Bahan mesin/tumbuk
5 biji ciliapi
5 biji cili merah
5 biji cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan naik minyak.
2. Rasakan masin dan masamnya dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan daun limau purut dan serai ketuk tadi.
3. Letakkan daun pisang di atas aluminium foil.
4. Letakkan separuh sambal yg telah dimasakkan diatas daun pisang.
5. Letakkan ikan diatas sambal tadi.
6. Ratakan sambal ikan diatas badan ikan dan tutupkan semula dengan daun pisang.
7. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan bakarlah dengan api paling kecil [sehingga ikan masak ]dalam 30 minit pada setiap belah/bahagian ikan.
8. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan besar.
9. Boleh juga siapkan air asam sebagai mencicah ikan bakar ini.

Air Asam


Bahan:
Air asam jawa
Bawang merah/besar dihiris halus
Cili api/merah dihiris halus
Perahan air limau kasturi/nipis
Gula secukup rasa

Cara:
Gaulkan semuanya sekali. Rasakan masam manisnya. Sedia untuk dihidang bersama ikan bakar

Tuesday, August 17, 2010

Salad Buah-buahan


[Diubahsuai dari resipi Chef Hanieliza]

Bahan-bahan:
1 biji epal didadu
Segugus anggur dibelah dan dibuang biji
1 cawan yogurt (apa-apa perisa)
Kismis hitam/kuning

Cara-caranya:
1. Epal yang didadu dan anggur yang dibelah dicampur ke dalam sebuah bekas
2. Gaul buah-buahan tersebut bersama yogurt
3. Masukkan kismis hitam/kuning
4. Sedia dihidang

Untuk lebih sedap, masukkan aiskrim vanila/sebarang perisa

Monday, August 16, 2010

Jeli Kordial


Bahan-bahan
Agar-agar, suku paket
Paste perisa strawberi
Gula 1 1/2 senduk atau secukup rasa
Setengah cawan kordial punch/buah-buahan
Air 800 ml

Cara-caranya:
1. Satukan air bersama agar-agar dan gula
2. Didihkan di atas api.
3. Bila campuran kelihatan mendidih, masukkan sedikit paste perisa strawberi & kordial punch/buah-buahan
4. Tunggu sehingga air mendidih sepenhnya dan agar-agar hancur
5. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas
6. Sejukkan agar-agar pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk
7. Tunggu beberapa jam sehingga jeli mengeras sebelum dihidang.

Salad Ayam



[Diubahsuai dari resipi Chef Hanieliza]

Bahan-bahan:

Bahan A
Sedikit isi ayam
3 biji limau nipis, diambil jusnya
3 sentimeter halia (diketuk)
1 sudu besar lada hitam dikisar
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Kicap sekiranya suka

Bahan B (dihiris)
1 labu bawang besar
1 batang serai
Cili sekiranya mahu pedas
Daun ketumbar

Cara-caranya:
1. Isi ayam direbus bersama lada hitam, halia, kemudian dipotong kecil
2. Gaulkan bersama bahan yang telah dihiris, gula, garam dan kicap
3. Sedia untuk dihidang.