Tuesday, November 10, 2009

Kailan Ikan Masin


Bahan:
Kailan dipotong serong
Ikan masin - dipotong kecil
Bawang putih - diketuk

Cara:

1. Goreng ikan masin dengan sedikit minyak
2. Masukkan bawang putih yang telah diketuk
3. Masukkan sedikit air
4. Masukkan sayur kailan, dan agak-agak sayur layu, segera tutup api (untuk elakkan zat sayur hilang)
5. Siap!

Ayam Goreng Tomyam



AYAM GORENG TOMYAM

Bahan

300 gm isi ayam [potong nipis]
2 s/b pes tomyam [boleh beli atau buat sendiri]
1 batang serai [ketuk]
5 biji limau kasturi [ambil jusnya]
1 batang kecil carrot [potong kecil]
3 batang putik jagung [potong kecil]
2 biji buah tomato [belah 6]
1 pokok daun ketumbar [potong kecil]
minyak
garam

Bahan mayang/hiris
2 labu bawang besar
5 biji cili merah
8 biji cili api
2 cm halia

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris, pes tomyam dan serai ketuk sehingga layu.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Masukkan carrot, tomato buah dan putik jagung. Kacau rata dan biarkan sehingga lembut.
4. Tutup api dan masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau rata.
5. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Sumber: Chef Hanieliza

Monday, November 2, 2009

Nasi Lemak


Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah dibersihkan - buang kepala
Bawang besar 3 ulas - dimesin
Bawang putih - 2 ulas - dimesin
Cili kering dikisar halus - satu senduk
Air asam jawa - satu cawan
Garam
Gula

Cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dimesin dengan minyak yang telah dipanaskan
2. Masukkan cili kering , air asam jawa dan ikan bilis. Masak hingga naik bau
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
Beras - dibasuh
Santan

Cara:
1. Tanak nasi dengan santan. Sukat santan seperti menanak nasi menggunakan air biasa.

Bahan lain:
+ Telur - direbus, dan dibelah empat
+ Timun - dipotong

Ayam Madu Bakar


Resipi diubahsuai dari Chef Hanieliza

Bahan-bahan
Lada hitam
Bawang putih (beberapa ulas) - ditumbuk halus
Halia - ditumbuk halus
Madu
Sos tiram

Ayam - dipotong kecil

Cara:
1. Ayam dipotong kecil diperap dengan bahan-bahan lain sekurang-kurangnya 1 jam [lebih lama, pun boleh]
2. Bakar ayam di dalam ketuhar atau pemanggang