Tuesday, January 5, 2010

Sotong Black Pepper

Bahan-bahan:
Sotong
Saleri dipotong menyerong
Lobak merah dihiris
Lada hitam (Satu sudu besar)
Kicap (3 sudu besar)
Sedikit cili boh
Tomato (sebiji dibelah 8)
Bawang besar [dipotong bulat]
Halia 1 inci [dihiris nipis]
Bawang putih 3 ulas [diketuk/dihiris]
Tepung jagung (saya guna selalunya tepung yang ada)

Cara-caranya:
1. Bawang besar, bawang putih, halia. cili boh ditumis sehingga naik bau
2. Masukkan sedikit air dan sotong.
3. Masukkan lada hitam, kicap manis dan sos tomato. Tunggu sehingga sotong kelihatan masak
4. Masukkan tepung jagung dibancuh dengan air [jangan banyak sangat!] dan tuangkan ke dalam kuali yang berisi sotong tadi.
4. Bila kuah kelihatan likat, masukkan saleri, lobak merah dan tomato. . Kacau sebentar dan tutup api.

Udang saleri

Bahan-bahan:
Saleri dipotong menyerong
Lobak dipotong halus
Bawang putih (3 ulas) diketuk/dihiris
1/2 bawang besar dihiris
Udang dibuang kulit
Garam
Air

Cara-caranya:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar/merah dengan sedikit minyak masak sehingga naik bau
2. Masukkan udang dan sedikit air
3. Agak-agak udang masak, masukkan garam
4. Masukkan seleri dan lobak merah. Kacau hingga sekata. Biar sebentar dan tutup api.