Thursday, October 22, 2009
Kari Ayam
Diubahsuai dari resipi Chef Hanieliza
Bahan
Beberapa ketul ayam yang telah dipotong kecil [dibersihkan & ditoskan]
Minyak masak
2 sudu besar rempah kari daging/ayam
1 1/2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
2 biji ubi kentang [belah 4]
1/4 cawan jus asam jawa
Garam
Gula
Bahan Tumis:
6 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan asam jawa yang telah dibancuh. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih dan ayam & kentang empuk/lembut.
Subscribe to:
Posts (Atom)